Khamis, 13 Mac 2014

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


Lapan Remaja Lemas <b>Di Sungai Buloh</b> Kasap Segamat | Fuh.My

Posted: 21 Feb 2014 12:45 AM PST

Lapan Remaja Lemas Di Sungai Buloh Kasap Segamat | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Malang tidak berbau. Pada pagi tadi, di Segamat sekumpulan remaja dalam lingkungan umur 13 hingga 16 tahun dikhuatiri lemas ketika sedang mandi di Sungai Buloh Kasap di sini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Putra Mohd Aizat Mamat pihaknya masih mencari kesemua remaja itu, yang merupakan sebahagian daripada sekumpulan 13 remaja yang berekreasi di sungai itu sempena cuti hujung minggu negeri ini.

Beliau berkata kejadian dipercayai berlaku apabila seorang daripada remaja itu menghadapi kesukaran ketika berada di dalam sungai menyebabkan tujuh rakannya cuba membantu.

"Namun, rakan-rakan lain itu turut berhadapan dengan kesukaran ketika berenang di dalam sungai itu menyebabkan kesemua mereka dipercayai lemas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Lima remaja lain selamat, katanya.

Sungai itu, yang terletak berhampiran sebuah kuari menyedut pasir, adalah kira-kira 10 km dari bandar Segamat dan merupakan kawasan rekreasi yang popular bagi penduduk sekitarnya.

Mohd Aizat berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada 9.48 pagi sebelum anggota dan jentera tiba di tempat kejadian kira-kira 10 pagi.

Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat kesemua mangsa masih diteruskan selepas anggota-anggotanya melakukan selaman pertama di sungai itu yang sedalam antara 15 dan 20 meter, selain dipenuhi lumpur dan kayu.

"Pasukan kami akan melakukan selaman kedua dan yakin dapat menemui mangsa.

"Insyallah, jika berjaya menemui mangsa pertama, kita akan menemui mangsa lain kerana yakin kelapan-lapan mangsa berada berdekatan satu sama lain," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu. – Bernama

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads