12 di sungai panjang - Google Blog Search |
Tangan hantu dalam gambar gadis sedang mandi...SERAM!!! | Misteri Posted: 06 Jan 2013 08:49 PM PST Ni ada satu berita gempar dari Sibu, Sarawak yang berlaku minggu lepas. Dikatakan gadis ini tiba-tiba pengsan setelah gambarnya diambil. Dan setelah diteliti gambar tersebut didapati ada penampakan objek berupa tangan misteri yang kelihatannya seperti cuba mencekik gadis berkenaan. Meneliti gambar yang disertakan oleh berita ini, didapati memang benar kelihatan jari-jemari berkedut-kedit dan berkuku panjang seolah-olah hendak mencakik gadis ini. Ada juga kemungkinan gambar hantu ini mungkin terjadi akibat biasan cahaya dari air sungai. Rupanya sungguh real dan menakutkan. Biasan dari air tidak selalunya menghasilkan ralat fotografi ber-dimensi sebegini. Satu lagi faktor adalah persoalan di mana adakah gadis ini pengsan setelah melihat gambar ini atau sebelumnya? Kenapa gadis ini pengsan? Adakah kerana sudah dicekik hantu? Berikut adalah teks sebenar dari pautan berita mengenai kejadian ini yang disiarkan dalam akhbar The Borneo Post: SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin. Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa. "Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya. "Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan," ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam. Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu. Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan 'hantu' cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu. "Salah satu tangan 'benda' itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya," ujar sumber itu. Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan. Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra 'ngampun' mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu. Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul. Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut. Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada. Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit. Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang 'sangat keras'. Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya. Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit. Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam. |
Posted: 06 Jan 2013 11:45 PM PST --------------------------------------------------- Di Musim Kemarau Sungai Golok Boleh Diseberangi Dengan Berjalan Kami atau bermotosikal tanpa bot atau perahu ---------------------------------------------------------------------------------------- Kita menyebutnya Sungai Golok atau orang Thai mnyebutnya Sungai Kolok. Pada umumnya, bila disebut Sungai Golok atau Kolok, pada latar pemikiran mereka terbayang sebuah bandar kecil yang terletak di Selatan Thailand, dan bukannya Sungai Golok yang menjadi persempadanan memisahkan negeri Kelantan atau Malaysia dengan negara jirannya Thailand. Sungai Golok atau Kolok sebagai sebuah bandar terletak di Selatan negara Thailand sebuah bandar sempadan. Agak besar juga dan mempunyai sebuah stesen kereta api yang menghubunginya dengan ibu negara Thailand, Bangkok. Sungai Golok terletak dalam Daerah Narathiwat. Ia terkenal sebagai sebuah pusat membeli belah dan juga syurga peleseran untuk kaum lelaki di mana mek-mek Siam boleh diperolehi dengan mudah dan dengan harga yang istimewa. Pada tahun 2011 penduduk Suingai Golok berjumlah seramai38, 612 orang. Sementara di sebelah Malaysia pula ada bandar sempadan yang dikenali dengan nama Rantau Panjang, yang terletak dalam daerah Pasir Mas yang terkenal sebagai sebuah pusat membeli-belah, terutama barang-barang yang diimport dari neagra jiran itu. Sementara Sungai Golok sebagai sebuah sungai yang mengandungi air yang mengalir ke Laut China Selatan, menembusi Pengkalan Kubor dalam Jajahan Tumpat di sebelah Malaysia dan Takbai dalam jajahan Narathiwat di sebelah negara jiran Thailand. Sungai Golok memisahkan Rantau Panjang Malaysia dan Narathiwat di sebelah Thailand. Sungai Golok amat berguna kepada mereka yang tinggal di pinggirannya seperti juga penduduk-penduduk yang tinggal di mana-mana pinggiran sungai di lain-lain tempat dan negeri. Mereka menggunakannya untuk mandi-manda, mencuci badan, membasuh pakaian dan juga untuk melepas kotoran yang tidak perlu di dalam badan. Namun begitu, di waktu-waktu tertentu dan dalam musim-musim tertentu ia menjadi ancaman, bila airnya melimpah membanjiri kawasan-kawasan sempadan, khususnya di Rantau Panjang, terutama Bandar Rantau Panjang. Setiap hari Sungai Golok akan disberangi oleh penduduk di kedua-dua belah negara, penduduk Thaliand menyerbang ke Malaysia, dan penduduk Malaysia menyeberang ke Thailand, terutama bagi mereka yang tinggal di pinggiran sungai itu. Selain daripada barang-barang halal, sebagaimana diketahui umum, ada juga mereka dari kedua-dua belah pihak yang mengambil kesempatan untuk berniaga barang-barang haram melintasi sepanjang sungai yang panjang itu-Sungai Golok. Barang-barang rompakan atau curian termasuk hewan-hewan ternakan dan kenderaan dari Malaysia biasanya di seludup ke Thailand menerusi Sungai Golok. Sejajar dengan itu timbullah berbagai-bagai pangkala haram, antaranya yang terekenal ialah Pengkalan Ibrahim Pencen, Pengkalan Syed Agil dan pengkalan dekat Lubuk Jong. Biasanya pengkalan ini diseberangi dengan menggunakan sampan atau bot kecil dimana penumpangnya dikenakan bayaran yang kecil sahaja. Malah di musim kemarau ada di tempat-tempat tertentu sungai itu boleh diseberangi dengan berjalan kaki, atau menaiki motosikal sahaja, kerana airnya amat cetek, separas buku lali atau kering langsung dengan pasirnya yang timbul. Sebenarnya di pekan Rantau Panjang ada sebuah jambatan yang menghubungkan kedua-dua buah negara itu yang dibina secara bersama oleh kedua-dua negara berjiran itu sekitar tahun 1970an. Ia dikenli dengan Jambatan Mahabah. Tapi untuk melintasi jambatan ini terpaksa menggunakan paspot secara resmi baik dari Malaysia ke Thailand atau dari Thailand ke Malaysia. Peraturan lumrah untuk keluar masuk ke mana-mana negara asing. Di samping itu pada masa dahulu ada sebuah landasan kereta api yang menghubungi Rantau Panjang dengan Sungai Golok, yang kemudiannya dihentikankan perkhidmatannya. Kereta api itu digunakan oleh para peniaga daripada negeri Kelantan untuk membeli-belah di Sungai Golok dan memasarkannya di Malaysia. Demikian juga sebaliknya peniaga-peniaga Thailand datang berkereta api ke Malaysia untuk tujuan yang sama. Fotot-foto yang disiarkan bersama rencana ini dirakam di musim kemarau di salah satu bahagian sungai itu yang kering di musim kemarau. |
You are subscribed to email updates from di sungai panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan