Sabtu, 23 Februari 2013

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


relakslah sekejap: SESAT <b>DI</b> &#39;NURSERY BUNGA&#39; <b>SUNGAI BULOH</b> <b>...</b>

Posted: 13 Dec 2012 07:30 PM PST


Ni, bukan sesat sebarang sesat.  Sesat yang sendiri buat, hehehe.

Minggu lepas, saya teringin nak pergi cari tumbuhan wangi.  Tak kiralah, pokok ke, bunga ke, apa ke, bak kata orang, asal ia berbau harumlahkan...


Banyak betul bunga di sana.  Cantik, tak usah cakaplahkan.  Tapi, di kepala saya tetap nak mencari bunga yang berbau harum.  Nak tanam di kampung.  Walaupun mak dah bising tak larat nak jaga, tapi, saya suka.  Ah, tak kisahlah.

Sayapun tak tau sangat nak berhenti kat mana, sebabnya banyak betul 'nursery' yang ada di sini.  Kalau rajin, bolehlah pi ke semua tempat tu.  Bagaimanapun, saya tak suka sangat tempat yang susah  parkir.  
Kalau tanah luas dan rajin, boleh jadi taman yang indah.  


Pokok hiasan di atas, saya dah beli beberapa tahun lepas.  Walaupun tinggal di apartmen yang tak ada balkoni, saya tetap jaga, alhamdulillah, senang dijaga pokok ni. 






Bunga mawar kampung.  Agaknyalah, kecil. 

Bunga ni ingat ke wangi, rupanya tidak.  Saya terbaca dalam blog siapatah... katanya wangi...hmmm.


Cantik betul pokok hiasan di atas.  Ni kalau tahun baru cina dan krismas, berlambak di pusat membeli-belah, tersusun rapi. 


Cantik spesis bunga di atas, tak tau nama la pulak. 



Cantik betul tumbuhan yang daunnya pelbagai corak dan warna. 


Dulu kat rumah tok (nenek) saya berlambak pokok ati-ati kat telaga.  Sekarang kena beli pulak hehehe. 



Saya pernah beli pokok limau ni dan tanam.  Alhamdulillah, kalau dijaga betul, buahnya besar dan banyak. 



 Ini pokok 'gardenia'  baunya harum.  Rasanya bau inilah yang selalu saya tercium di kawasan belakang rumah saya bila keluar.  Padahal tak tanam pun.  Saya anggap je, agaknya bunga pokok pinang kot yang berbau wangi. 
Insyaallah dah tau dah apa nak beli untuk bawa balik ke kampung. 
Pokok bunga di ataspun wangi juga, tapi, tak tau pula kalau nak jaganya susah ke tidak.  Belum ditanya lagi.  Segan la pula, tanya banyak-banyak, lepas tu tak beli, padahal nak mencari-cari dulu. 







Ini pokok ekor musang kot.  Tak ingat, la.  Tapi, penjual tu ada sebut ekor...'something', saya senyum jer. 



Ha, kemboja.  Saya pelik, kenapa ada orang kata kemboja berbau wangi?  Rupa-rupanya wangi.  Inipun akan dibeli.  Tapi, itulah dah tau mak akan bising, sapa nak jaga.  
Orkid tak usah cakaplah, macam-macam jenis ada.


Pokok di atas ni, kat parit belakang rumah di kampung berlambak. Tengok di sini cantik la pulok. 



 Sesiapa yang sukakan kaktus.  Tak payah nak pergi ke Cameron Highlands lagi nak cari.  Sinipun banyak la jugak. 




Periuk kera, menjadi tumbuhan kegemaran saya semasa masuk hutan dulu. 


Ha, akar dani, bunga dia harum.  Rasanya bau bunga ni pun selalu saya tercium juga kat kawasan yang kita tak jangka.   Sebenarnya, inilah pokok yang saya suka sangat.  Tumbuhan ni saya ternampak di sebelah rumah jiran abang saya.  Nak minta malu.  Tak sangka kat Sungai Bulohpun dapat la juga.  
Ada beli di MAHA, tapi bunga dia macam kecut sikit.  Tapi, memang cantik dan wangi.  Saya suka.  


Kepada penggemar bunga-bunga dan tumbuhan hiasan, memang bolehlah mencari-cari di Sungai Buloh tu.  Misi saya seterusnya nak beli bunga melur yang berlapis, akar dani, kemboja dan gardenia.  Nak letak dalam rumah di apartment dululah.  
Kadang-kadang tu bau wangi memang segar je rasanya.

Cantik, macam rama-rama. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads