12 di ampang - Google Blog Search |
Fasha Sandha Nikah April <b>Di Ampang</b> Posted: 08 Mar 2012 04:00 AM PST berita | Tempatan Teks Oleh Syafiqah Jalal PETALING JAYA, 8 MAC 2012: Teka- teki majlis pernikahan aktres popular Fasha Sandha bersama kekasihnya Toh Muda Rizal Ashram Ramli atau Jejai, akhirnya terjawab apabila pelakon tersebut mengakui bakal melangsungkan pernikahan pada penghujung April depan. Namun jelas Fasha Sandha, di masih belum bersedia untuk berkongsi tarikh sebenar majlis pernikahannya itu. "Memang betul saya akan bernikah pada penghujung April ini, tetapi saya belum bersedia untuk memberitahu tarikh yang sebenar,"katanya yang ditemui selepas pelancaran program Wanita Inspirasiku, di restoran Fullhouse, Sunway Giza, tengah hari tadi. Dalam pada itu, pelakon kelahiran Johor Bahru ini turut mengakui akan melangsungkan majlis pernikahan di kediamaan barunya di Ampang, Selangor yang juga merupakan pemberian bakal suaminya itu. " Kami akan bernikah di rumah baru saya di Ampang dan rumah tersebut merupakan pemberian Jejai untuk saya. Majlis resepsi pula akan diadakan di Perlis untuk sebelah perempuan manakala majlis pihak lelaki akan dibuat di sebuah lokasi di luar Malaysia,"katanya. Mengulas mengenai lokasi luar negara yang disebut-sebut iaitu Bali atau Jakarta, Fasha enggan mengulas lanjut. Tambah Fasha lagi, dia juga tidak mengharapkan perkahwinannya kelak menjadi Wedding of the year, sebaliknya memilih untuk mengadakan majlis yang serba sederhana. "Terus-terang saya memang tak pernah terfikir untuk mengadakan perkahwinan besar-besaran, jauh sekali mengimpikan Wedding of The Year. Saya lebih suka majlis yang sederhana dan tidak suka untuk membazir wang kepada majlis perkahwinan. "Sebab itu, majlis saya nanti hanya akan dihadiri oleh tetamu yang terhad. Bagi saya sederhana itu lebih indah untuk kami selain dalam masa yang sama kami dapat melayan semua tetamu yang hadir,"katanya. Mengulas mengenai persiapan perkahwinannya kata Fasha, semuanya sudah semakin terlaksana dan dia akan mula bercuti pada 7 April depan bagi memberi tumpuan kepada majlis tersebut. |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan