Jumaat, 25 Mei 2012

12 di sungai panjang - Google Blog Search

12 di sungai panjang - Google Blog Search


Nasib rakyat <b>Pasir Panjang</b> terabai, Nizar sibuk dengan ceramah <b>...</b>

Posted: 25 May 2012 02:37 AM PDT

Nasib dan kebajikan rakyat Pasir Panjang terus mendapat perhatian dan pembelaan daripada kerajaan negeri meskipun kawasan itu kini dikuasai pihak pembangkang.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, adalah menjadi tanggungjawabnya untuk meninjau masalah rakyat tanpa mengira sama ada kawasan itu diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) ataupun pembangkang.

Pengundi DUN Pasir Panjang, katanya tidak terkecuali mendapat perhatian daripada kerajaan negeri walapun kawasan itu semakin dipinggirkan oleh wakil rakyatnya, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.

"Hari ini, saya turun lagi ke  Pasir Panjang untuk meninjau permasalahan rakyat yang seolah-olah dipinggirkan oleh Nizar.

"Saya ingin melaksanakan kerja yang diabaikan oleh Nizar yang nampaknya lebih suka berjalan ke sana-sini dan berceramah politik daripada menyelesaikan masalah rakyat di Pasir Panjang.

"Jika beliau (Nizar) balik ke sini, jangan hanya duduk minum dan bersembang di kedai kopi dengan memaki hamun orang tak tentu hala, sebaliknya turun padang dan selesaikan masalah rakyat Pasir Panjang," katanya kepada pemberita selepas melawat warga Kampung Sungai Wangi dan Kampung Bharu, dekat Sitiawan hari ini.

Rumah pertama yang dilawati Dr Zambry menjadi tempat berteduh Latifah Abdullah, 40an, seorang ibu tunggal yang mengidap penyakit sendi kronik hingga membataskan pergerakan seharian.

Bercakap kepada Peraktoday.com, ibu kepada empat anak itu berkata, beliau cukup terharu menerima kunjungan pemimpin nombor satu negeri yang begitu prihatin dengan masalah yang dihadapinya selama ini.

"Ketika ini, saya menerima bantuan RM200 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan kehidupan saya bersama dua lagi anak kadang kala berhadapan detik sukar kerana saya tidak lagi mampu bekerja akibat penyakit sendi yang kronik.

"Saya juga terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan dan turut dinasihatkan doktor supaya tidak melakukan kerja berat bagi mengelak penyakit ini menjadi lebih teruk," tegasnya lagi.

Latifah ternyata gembira dan tidak mampu menahan sebak apabila Zambry mengumumkan kerajaan negeri akan menyalurkan bantuan membesarkan rumahnya yang agak sempit.

"Saya mengarahkan agar ruang rumah Latifah diperbesarkan dan jika kemudahan ini dapat disediakan, beliau dan dua lagi anaknya dapat tinggal dalam keadaan dan rumah yang lebih selesa," kata Zambry.

Sementara itu, pasangan warga emas, Yusof Din, 70, dan Hendon Hashim, 58, turut menerima kunjungan Zambry yang sempat meluangkan masa kira 15 minit untuk meninjau masalah yang dihadapi mereka.

Sejak enam tahun lalu, Yusof yang pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan terlantar uzur tidak maya akibat lumpuh dan segala keperluannya diuruskan oleh Hendon dengan bantuan anak lelaki mereka.

"Walaupun menerima bantuan RM300 sebulan daripada JKM untuk menampung keperluan suami, ia masih jauh daripada mencukupi untuk membiayai kos hidup yang semakin meningkat.

"Jika dahulu makcik menoreh getah sebagai sumber pendapatan tetapi apabila suami jatuh sakit, kehidupan kami sekeluarga turut terjejas apatah lagi kesihatan makcik juga begitu mengizinkan kerana sering sakit lutut," katanya lagi.

Hendon turut menyuarakan rasa kecewa kerana wakil rakyat Pasir Panjang jarang turun padang apatah lagi mengambil berat atau menyelesaikan masalah rakyat di kawasan itu.

"Rakyat di sini seolah-olah dipinggirkan dan saya sendiri cukup kecewa di atas sikap wakil rakyat Pasir Panjang yang gagal melaksanakan tugasnya untuk membantu dan menyelesaikan masalah rakyat.

Selain bantuan membaiki struktur rumah yang semakin uzur akibat dimakan anai-anai, beliau turut menyuarakan harapan agar permohonan anak lelakinya untuk memiliki sebuah bot menangkap ikan dapat diluluskan oleh pihak kerajaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads