Isnin, 28 Januari 2013

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


Pemberian Beg Sekolah Ringankan Beban Ibubapa « PKM <b>Sungai</b> <b>...</b>

Posted: 13 Jan 2013 08:05 PM PST

14 01 2013

Sungai Sireh, 11 Jan    :    Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh ibubapa yang66429_415812481828438_197292084_n berpendapatan rendah terutamanya pada musim penggal persekolahan yang baru, Kerajaan Negeri Selangor sekali lagi berusaha membantu meringankan beban mereka dengan memberikan bantuan beg sekolah kepada mereka, kata Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo.

Bantuan beg sekolah tersebut telah diserahkan oleh Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Selangor kepada setiap DUN di Negeri Selangor. Bantuan beg sekolah tersebut adalah merupakan pemberian tahunan Kerajaan Negeri Selangor sejak Pakatan Rakyat (PR) mentadbir negeri ini pada tahun 2008.

25997_415812355161784_1867539575_nKami berusaha mengagih-agihkan kepada pelajar sekolah dari keluarga kurang berkemampuan supaya mereka dapat belajar dengan selesa melalui sekolah-sekolah. Pada hari ini kami menyerahkan 50 beg kepada dua buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Sireh dan SRA Batu 11 untuk diagih-agihkan kepada pelajar mereka, katanya yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Tanjong Karang.

Semoga dengan pemberian beg sekolah ini, katanya, akan mengembirakan mereka selain meringankan beban ibubapa mereka terutamanya yang mempunyai ramai tanggungan. Ini adalah merupakan salah satu agenda Kerajaan PR iaitu Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) dan memulangkan Hasil Negeri Kepada Rakyat sebagaimana yang diwar-warkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dato' Seri Abdul Khalid Ibrahim.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads