Khamis, 28 November 2013

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


BLOG SELANGOR: 12 <b>di padang jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Nov 2013 01:20 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kuat Merayau: Puasa Kali Pertama <b>di Padang Jawa</b>

Posted: 17 Jul 2013 04:06 PM PDT

Hai! Ramadhan kali ini adalah Ramadhan pertama berpuasa di Padang Jawa. Yup! Rumah sewa kat Padang Jawa, Selangor. Meriah sungguh kat sini. Lalu dekat jalan utamanya (jalan mati) meriah macam masuk bazar naik kenderaan sendiri. Boleh beli ala drive thru tau. Haha. Seronok!

Apa-apapun, setinggi-tinggi penghargaan kepada rakan serumah yang sungguh rajin masak sahur. Kadang-kadang je beli. Ikhlas daripada HY yang tak reti masak. Apa yang boleh bantu, tolong bawak 'rice cooker' jela dari rumah. Pinjam dengan mama. Macam-macam menu yang dimasak tau. Antaranya tomyam, telur sambal, telur goreng, sardin, spagheti dan lain-lain. Masakan mudah? Lelaki bujang kalau nak bangun sahur pun kira eksklusif ya. Haha. Thank you, guys!

Semoga Ramadhan kita lebih bermakna tahun ini!

MBSA Perlu Perjelas Lulus Kompleks Hiburan <b>Di Padang Jawa</b> <b>...</b>

Posted: 02 Nov 2012 04:42 AM PDT

SHAH ALAM, 2 NOV: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) hari ini diminta menjelaskan mengapa permohonan IRDK Land untuk membina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif  di Padang Jawa diluluskan sedangkan Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pernah bertitah agar tiada sebarang pusat hiburan dibina di Shah Alam.

Selain melanggar titah baginda sultan, Kompleks tersebut yang masih dalam pembinaan itu juga mendapat bantahan penduduk beberapa buah kampung di Padang Jawa.

Demikian menurut Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad dalam sidang media yang diadakan di pejabatnya di sini.

Menurut Abdul Khalid, sebelum ini beliau ada dimaklumkan oleh pegawai MBSA bahawa pihak istana telah memberikan lampu hijau terhadap kompleks hiburan tersebut.

"Walaupun sebelum ini saya diberitahu pegawai MBSA secara lisan yang pihak istana beri kebenaran, tetapi MBSA harus beri jawapan bertulis secara rasmi kerana tidak mustahil ada pihak sengaja dan sesuka hati menggunakan nama istana.

"Kalau benarpun pihak istana beri kebenaran, pandangan penduduk Padang Jawa masih perlu diambil kira," ujar beliau.

Bagaimanapun beliau juga dimaklumkan bahawa pihak MBSA masih belum mengeluarkan lesen operasi perniagaan kepada syarikat terlibat.

Dalam sidang media sama, Abdul Khalid turut menyangkal dakwaan Adun Gombak Setia, Dr Hassan Ali dan pemimpin Umno-BN bahawa Shah Alam telah menjadi hub maksiat.

"Lesen perniagaan yang dikeluarkan dalam isu ini adalah spesifik seperti untuk tujuan perniagaan spa kecantikan dan urut refleksologi sahaja.

"Pemeriksaan di tempat pernigaan juga dijalankan dan syarat membaharui lesen juga dikenakan pemeriksaan, tetapi yang cuba jadikan Shah Alam pusat maksiat adalah Umno-BN sebab merekalah bina kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif di Padang Jawa," ujar beliau lagi.

Menurut Abdul Khalid, syarikat IRDK Land yang memajukan projek kompleks panggung wayang dan lounge eksekutif tersebut dimiliki oleh pemimpin MIC yang juga merupakan bekas calon Pilihan Raya Umum ke 12 lalu bagi Dun di Negeri Perak.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads