12 di bangi - Google Blog Search |
Lakaran Musim Bunga: banjir <b>di Bangi</b> Posted: 02 May 2012 01:30 AM PDT "jalan antara Bulatan Seksyen 7/Reko ke arah PKNS tersekat kerana air bertakung (banjir)" hujan lebat yang bermula sejak 1 petang. kira-kira jam 1.30 petang hari ini 2 Mei 2012 (Rabu), aku memasuki jalan ke arah PKNS dengan harapan dapat sampai ke UPM. sebelum tu lagi aku dah fikir, pasti akan ada banjir di mana-mana, setelah kenal pasti semua kawasan tanah rendah, hanya jalan inilah yang terbaik. dengan yakinnya, sekali jangkaan meleset, sesak di pertengahan, sebelum tiba di kawasan kedai-kedai Seksyen 8 (Muzdalfa Fried Chicken dan Pizza Hut Delivary). menunggu dalam kereta sambil dengar radio Bernama tentang Klinik Pengguna PPIM, To'ki celoteh. setelah 10 minit menunggu, memang takde langsung yang bergerak. daripada 2 lane jadi 3 lane, semua tak bergerak. aku matikan enjin. masih dengar radio. jimat minyak lah kononnya. aku dah terbayang huh, sampai petang la ni. duduk saja, sambil tengok semua tak keluar kereta. dan kereta belakang aku ni sibuk hon. aku malas nak hon, sebab agak banjir atau kemalangan. setelah 20 minit, ada pakcik keluar dari lori dan cuba intai-intai, jadi aku pun keluar sekali. aku ke depan lagi. akhirnya, aku tahu puncanya. sempat ada kereta Vios kot, berani lepas air banjir ni, tapi memang ekzos tu setahap dengan air. Viva akak ni tak berani, macam takut-takut, jadi ada abang-abang tolong carikan batu untuk kereta dia lepas penghadang jalan untuk patah balik.gambar nya di bawah. aku pun patah ke kereta semula, sepanjang jalan, orang bertanya, aku pun terangkan. ada sorang makcik ni ada appoinment dengan Doc. terbatal lah temujanji itu. sampai di kereta aku, semua sedang pakat untuk songsang arah jalan, aku pun turut serta, alhamdulillah, semua kereta pakat songsang. dan patah semula ke bulatan. polis yang melalui bulatan tu pun senyap. aku dah takut kena saman, tapi ramai kot yang songsang arah. alhamdulillah... sejam juga tersangkut di sini. |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan