Ahad, 13 Mei 2012

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Sukaneka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Zon <b>Beranang</b>

Posted: 09 May 2012 08:35 AM PDT

Berikut adalah beberapa gambar yang diambil semasa Sukaneka Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Zon Beranang/Semenyih. Mak fa sebagai salah seorang ahli dalam AIM.  Pagi-pagi ada senam aerobik. Wah jangan ingat perempuan tak boleh bersenam. Semangat mak-mak kita tau.







Terdapat beberapa permainan yang dianjurkan oleh pihak AIM untuk para ahli, anak-anak dan dll. Ada bawak bola pingpong guna sudu, tarik tali suami dan ahli, isi air dalam botol, bowling kelapa dan lain-lain. Akhir acara- pemenang dapat la hadiah sumbangan dari setiap zon di Semenyih. Terdapat jugak gerai-gerai yang dibuka seperti makanan, minuman dan lain-lain. Paling femes gerai mak fa, nak promote sikit. Datuk Johan, Adun BN Semenyih says "Ini baru betul. makanan tradisional" ada gambar dengan mak fa dengan Datuk Johan tapi tak tahu sapa punya kamera. hahaha. sebagai tanda kenang-kenangan. hadiah Kuih Karas dan Kuih Goyang diberikan. kalau korang tak tau. boleh search kat google apa itu Kuih Karas dan Kuih Goyang. 
*Thanks to Datuk Johan kerana menyumbangkan mesin pengacau-Mixer-kepada Mak. Raya nanti boleh buat biskut/kek banyak-banyak. dan tukang makan dan beli adalah KORANG la. hihi..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads