Ahad, 13 Mei 2012

di negeri selangor - Google Blog Search

di negeri selangor - Google Blog Search


UMNO Online - <b>Negeri Selangor</b> Tapak Kebangkitan Gelombang <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 08:46 PM PDT

Kategori Berita Pilihan

Negeri Selangor Tapak Kebangkitan Gelombang Merah UMNO, BN

Oleh : Azman Abas

SHAH ALAM 10 Mei – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahidi percaya Selangor akan menjadi tapak kebangkitan semula UMNO dan BN menerusi gelombang merah yang diwujudkan oleh Presiden Parti, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut beliau dengan gelombang merah yang telah bertebaran di seluruh negara dan kini berada di Selangor, tentunya akan memberi impak yang besar kepada kebangkitan semangat ahli parti.

"Aura gelombang merah ini telah tersebar ke serata pelusuk negara dan kita yakin seluruh ahli-ahli UMNO Selangor akan berarak ke Bukit Jalil dengan satu semangat baru, di mana kita akan menjadikan Selangor sebagai tapak kebangkitan semula UMNO dan BN untuk merampas kembali pemerintahan negeri Selangor.

"Justeru itu, kita mesti ketepikan segala masalah kita jika ada. Ini perlu dilakukan demi agama, demi UMNO, demi rakyat di negeri Selangor dan demi negara. UMNO Selangor mesti berazam dan berikrar untuk berusaha menjamin kemenangan UMNO dan BN di Selangor ini dengan izin Allah.

"Semangat yang ada ini  harus kita semarakkan sentiasa. Rakyat Selangor beruntung kerana Datuk Seri Najib Razak menjadi Pengerusi Perhubungan dan kemenangan BN di Selangor nanti merupakan satu hadiah yang cukup bermakna kepada Perdana Menteri.

"Oleh yang demikian, semangat ini harus berkobar dan dijulang dengan cara kita mestilah memberikan perhatian dan tanggungjawab sepenuhya kepada rakyat, memahami kehendak akar umbi dan selesaikan masalah mereka. Insyallah BN boleh mencapai kemenangan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan bendera oleh Ketua UMNO Shah Alam, Datuk Nawawi Ahmad.

Larian bendera UMNO sempena ulangtahun UMNO ke-66 tiba daripada Selatan menerusi Beranang semalam, manakala bagi zon utara, larian itu memasuki Hulu Bernam dan pada hari yang sama juga UMNO Selangor turut menyambut larian bendera daripada Sabah yang tiba di KLIA.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Noh Omar pula menyifatkan larian berkenaan yang bermula serentak di seluruh negara melambangkan perpaduan di kalangan ahli-ahli UMNO di seluruh negara.

"Inilah yang dikatakan perpaduan UMNO. Bermula daripada utara, selatan, timur dan barat akhirnya kita akan berkumpul di Stadium Bukit Jalil menterjemahkan perpaduan dan kekuatan kita pada Jumaat ini. Malam ini kita sambut bendera Sang Saka Bangsa bendera keramat UMNO dengan pentas silat, pakaian Melayu, dengan dikir barat dan sebagainya lagi sebagai satu simbolik semangat kemelayuan kita,"

"Dan inilah mengingatkan kita 66 tahun yang lepas bagaimana keadaan datuk nenek kita yang pada waktu itu  hidup dalam keadaan susah, semangat berpuak-puak kenegerian yang cukup kuat dan sebagainya lagi. Tetapi  dengan semangat perpaduan yang dibawa Datuk Onn ketika itu dan UMNO ditubuhkan akhirnya kita berjaya menyatukan umat Melayu dan UMNO menerusi rakan-rakan kita dalam BN telah berjaya mengemudi negara ini sejak dulu hingga ke hari ini," katanya.

Datuk Noh seterusnya menambah UMNO Selangor kini telah belajar daripada kesilapan dan akan mengambil iktibar memperbaiki kesilapan dengan membawa semangat juang yang baru bersama BN.

"Walaupun kami pembangkang, amanah bendera Sang Saka Bangsa kami tetap pertahankan….apa pun berlalu, apa pun berlaku walaupun kami jatuh tertiarap  hingga misai mencecah tanah, namun bendera UMNO ini tetap akan kita pertahankan.

"Itu janji kami. Kami akan belajar daripada kesilapan dan kami insaf, kami akan mara ke depan dengan semangat juang bersama BN, insyaallah UMNO selangor akan terus mara," katanya. -MediaUMNO

Berita Bertarikh 10 May 2012 (4 Hari Lalu) Pada 11:46 AM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads