Isnin, 21 Januari 2013

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Kampus Universiti Xianmin <b>Di Salak Tinggi</b> - Tv3

Posted: 20 Jan 2013 09:49 PM PST

21/01/2013 13:49:00

Malaysia menerima penghormatan oleh kerajaan China untuk membuka kampus cawangan pertama universiti dari negara tembok besar itu.

Perkembangan itu adalah satu sejarah kerana Malaysia negara pertama diberi kebenaran berkenaan.

Surat jemputan penubuhan kampus itu diserahkan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mewakili Kementerian Pengajian Tinggi kepada Presiden Universiti Xianmin, Profesor Zhu Chong Shi di Kompleks Bunga Raya, Sepang pagi tadi.

Hasrat berkenaan pernah disuarakan Datuk Seri Najib kepada rakan sejawatannya dari China, Wen Jiabao.

Kampus cawangan Universiti Xianmin ini akan dibina di Salak Tinggi, Selangor di sebidang tanah seluas 60 hektar.

Dijangka siap pada 2015, ia bakal memuatkan 10 ribu pelajar tempatan, China dan negara serantau.

Menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, Universiti Xianmin berkenaan akan menawarkan lima kursus pengajian.

Satu memorandum persefahaman akan ditandatangani antara kedua-dua pihak semasa pelancaran Pusat Perindustrian Kuantan yang juga mendapat kerjasama China.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads