Isnin, 21 Januari 2013

12 di ampang - Google Blog Search

12 di ampang - Google Blog Search


GEMPAR!! ALIEN <b>DI AMPANG</b> & PUTRAJAYA??? | Tok Bugis

Posted: 17 Jan 2013 12:58 AM PST




PERHATIKAN PERBEZAAN ALIEN PADA 2 GAMBAR DI ATAS.... 
ADAKAH SAMA????
PERHATIKAN SECARA RAPAT (ZOOM) DAN ANDA PASTI TERLIHAT AKAN PERBEZAANNYA. SERUPA, TAPI TAK SAMA.... 
PERHATIKAN PADA KENING 2 ALIEN TERSEBUT SEKARANG.... BAGAIMANA, DAH NAMPAK????

ITULAH YANG MEMBEZAKAN 2 JENIS ALIEN YANG BERBEZA SERTA 2 JENIS SITUASI YANG BERBEZA, NAMUN BENTOKNYA SEAKAN SAMA JIKA DILIHAT MENERUSI SUDUT PANDANGAN MATA AKAL....
SAMA TAPI TAK SERUPA????

Subhanallah....... Mahasuci Allah Yang Menghidupkan Dan Mematikan sesuatu.... Mahasuci Allah Yang Menchipta Pelbagai Hidupan Di Langit Dan Di Bumi.... Rukun Perchaya di dalam Rukun Iman di antaranya perchaya pada yang ghoib. Allah itu ghoib, Malaikat itu ghoib, Rasul juga telah ghoib karena telah berpindah 'alam, Al-Quran juga terdapat yang ghoib di dalam tuboh badan manusia (bachaan di dalam solat itu sendiri merupakan bahasa Al-Quran yang ghoib dalam sebutan), Qada' & Qadar juga perkara yang ghoib dan Hari Qiamat juga tidak terkechuali daripada peristiwa yang ghoib bagi manusia selagi belom tiba tika dan saatnya.....


Menyedari akan kewujudan makhlok yang ghoib serta tidak menyangkal akan kewujudannya (di-artikan sebagai sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar manusia), juga termasuk di dalam Rukun Perchaya selagi ia tidak menjurus kepada keperchayaan yang boleh menjurus kepada syirik, tahyol, khurafat dan kafir kepada Allah dan Rasul.... Tidak terkechualilah wajib bagi orang Islam itu Perchaya akan penghidupan makhlok-makhlok Jin, Iblis dan Syaitan di atas muka bumi SERTA penghidupan makhlok-makhlok aneh/asing (di dalam bahasa Quran), atau makhlok alien/predator (di dalam bahasa Sains) di alam sistem chakerawala di sekeliling bumi. Bukankah Allah itu Maha Kaya dari segala...????


2 foto di atas, telah dikirim oleh Sahabat Tok Bugis agar ia dapat dikongsikan kepada tuan-tuan yang setia melayari blog ini. Satu foto berlokasi di hadapan Masjid Putrajaya dan satu lagi berlokasi di dalam rumah sekitar Ampang, Selangor. Menurut pemilik foto ini, bukanlah sekadar mahu mengejar publisiti atau glamour NAMUN sebenarnya ada suatu cherita mistik yang berkait rapat dengan makhlok Alien ini dengan sakit yang dialami anak-anak beliau.... Terpulanglah kepada masharakat dalam menilai ketulenan foto ini ATAU sebaliknya berkait dengan aplikasi "Camera 360" ipad..? Nilaikanlah sendiri dengan mengguna Mata Hati.....


Kesahnya bermula begini.......

Adapun kesah Alien ini tidak pernah kelihatan mahupun kedengaran di sekitar tempat kediaman sahabat saya, namun pada hakikatnya memang terdapat kelibat makhlok itu sekali-sekala terpacul di lokasi-lokasi yang kita memang tidak terduga samaada muncol dengan kapal angkasanya (UFO) atau muncol dengan seketol tuboh anggotanya dengan chara tiada sengaja. Tiadalah mustahil jika kelibat makhlok ini dapat terakam dengan menggunakan lensa kamera kerna pada sebelom-sebelom ini, kita pernah dikejutkan dengan gambar atau objek misteri / seram / menakutkan yang pernah terakam / dirakam  oleh individu-individu yang menggunakan lensa kamera pada waktu-waktu senja, tengah malam, tengah hari tepat mahupun selepas jam 12 tengah malam. Perkara ini juga turut diakui oleh Sahabat saya, cuma peluang untok terlihat seketol Alien di depan mata belomlah lagi... Tapi jika iblis setan ni biasa dah! (ujar beliau sambil berseloroh...)

Berbalik pada rentetan tadi, dengan kahendak dan izin tohan maka terjadilah sesuatu yang pelik dan ganjil terhadap kedua-dua sepasang cahaya mata beliau yang berusia  5 tahun dan sa-orang lagi berusia 3 tahun. Kejadian ini telah berlaku pada sebulan yang lepas sebelom anak-anak memulakan sesi persekolahan mereka..... Sechara tiba-tiba, anak-anak beliau yang kelihatan sehat walafiat telah ditimpa kesakitan pelik yang mana jika ditafsirkan oleh perubatan moden, ia dipanggil sebagai demam virus..?! Maka sebagai langkah awal sebelom keadaan menjadi lebih terok, dibawanyalah anak-anaknya mendapat rawatan di klinik pakar.....


Rujukan dari Akhbar Utusan Malaysia

Maka berusahalah beliau dengan chara yang serba moden itu sahinggalah berlanjutan selama hampir satu minggu namun tiada juga perubahan yang baik ke atas anak-anak beliau walaupun disiplin memakan obat doktor. Yang peliknya, ada doktor yang mengatakan anak-anak beliau terkena jangkitan demam virus dan ada pula doktor yang mengesahkan anak-anak beliau sehat tiada sakit apa-apa setelah menjalani ujian darah??? Sedangkan pabila di rumah, setiap kali MENJELANG MAGHRIB maka suhu badan anak-anak beliau akan naik mendadak sahingga mengakibatkan demam. Manakala pabila MENJELANGNYA SELEPAS JAM 12 TENGAH MALAM (bermula dari jam 1 pagi hingga jam 5 pagi), keadaan semakin terok! Suhu badan yang naik mendadak itu telah mengakibatkan demam panas beserta dengan batok yang berterusan hingga muntah....

Lalu terpanggillah beliau untok berikhtiar melalui RAWATAN TRADISI CHARA ISLAM pula setelah mencoba chara moden yang tiada kesudahan. Maka bertemulah beliau dengan sa-orang hamba Allah yang bergelar KIYAI / USTAZ / TABIB itu bagi menchari kesembohan anak-anaknya. Syukor Alhamdu lillah.....  dengan kahendak dan izin Allah, dilalukan kelebihan itu ke atas orang-orang yang terpilih maka sembohlah penyakit misteri yang dialami oleh anak-anaknya itu pulang pulih seperti sediakala.... Dengan hanya memberi AIR PENAWAR DAN BEBERAPA OBATAN HERBA YANG DIADUN SENDIRI OLEH TUKANG OBAT, penyakit yang gagal diobati dengan chara moden itu dapat ditawarkan hanya dengan beberapa ketika... Maka terungkailah misteri kesakitan anak-anak beliau... Tanpa disedari, makhlok aneh yang menyerupai Alien telah mendampingi anak-anak beliau sejak mula dijangkiti demam. Bunyinya seakan luchu, namun tiadalah mustahil pada yang mengerti.... Jin, Iblis, Syaitan mahupun Dewa-Dewa berupaya bertukar rupa menjadi apa jua bentok dan rupa yang ia terlihat / mahukan!? Berkemungkinan besar memang wujudnya Alien di persekitaran rumah beliau yang terletak di kaki Banjaran Titiwangsa itu..?! Buktinya gambar yang telah dikirimkan, wallahu'alam..... Menurut Pak Kiyai @ Tuan Tabib yang merawat anak-anak beliau, bukan semua penyakit itu dapat dirawati dengan chara rawatan moden. Adakalanya penyakit itu hanya boleh diobati dengan obat yang bebas dari kandongan DADAH WALAUPUN DADAH YANG TERKAWAL...

KERNA DADAH ITU BOLEH MENGENYANGKAN MAKHLOK HALUS YANG BERLEGAR DI DALAM SALURAN DARAH MAKNUSIA. HANYA ADA SATU SAJA JALAN IKHTIAR YANG BISA MENGOBATINYA IAITU DENGAN CHARA KEMBALI KEPADA ISLAM YAKNI DENGAN MERUJUK KEPADA PAK KIYAI, USTAZ ATAUPUN TUAN TABIB YANG MENGAMALKAN RAWATAN TRADISIONAL CHARA ISLAM. NAMUN HARUSLAH BERWASPADA.... KERNA TERDAPAT JUGA SEGELINTIR INDIVIDU YANG BERLAGAK ALIM MENJALANKAN RAWATAN TRADISIONAL DENGAN MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN DAN KHADDAM YANG BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM! KAEDAH RAWATAN YANG BIASA DIJALANKAN OLEH GOLONGAN SEPERTI INI ADAKALANYA TURUT MENGGUNAKAN AYAT-AYAT SUCHI AL-QURAN, MEMBAKAR KEMENYAN, BERZIKIR BERIBU KALI, MENURUN, ISIM, MERENJIS DARAH AYAM DAN SEBAGAINYA..... 

Atas dasar itu maka saya mensarankan agar kita lebih berhati-hati dalam menafsir setiap tipu daya dari maknusia yang hanya berkepentingan pada nama, pangkat, harta, rupa, takhta dan keuntongan semata.... Memanglah ada di antara mereka yang pernah mendapatkan rawatan dari individu fasik yang saya sebutkan di atas serta berjaya dalam rawatan mereka NAMUN berapa lama??? Apa syarat-syaratnya??? Bagaimana chara rawatannya??? Apa pengerasnya??? Di mana rawatannya??? Apa latar belakang tukang obatnya??? Dan banyak lagi persoalan yang mungkin bermain di fikiran jika kita mahu benar-benar yakin bahawa rawatan itu berlandaskan ciri-ciri Islam Yang Mukmin...... Semoga artikel kali ini dapat memberi serba sedikit pengajaran, garis panduan dan kesedaran kepada seluroh muslimin dan muslimat sekalian agar kita tidak mudah diperdaya oleh permainan iblis serta tipu daya maknusia yang fasik. Apa yang lebih penting, kembalilah kepada Islam dan kaedah-kaedah penawarnya..... Andai terdapat di antara tuan-tuan di luar sana yang menghadapi masaalah yang sama atau seangkatan dengannya, sila gmail kepada sahabat baik saya di alamat ayahanda.kaichun @ gmail . com untok sebarang bantuan atau pertanyaan. Insya Allah, jika mendapat perkenan dari Pak Kiyai @ Tuan Tabib, pesakit akan dibawa oleh saya atau sahabat saya untok bertemu beliau..... Semoga diberkati Allah S.W.T.......


- Kalam Tok Bugis -

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads