12 di cheras - Google Blog Search |
Sini Saya Salwa: Velocity Mall, Viva Mall, TRX IKEIA <b>di Cheras</b>. Posted: 27 Dec 2012 08:23 PM PST Sape orang Cheras? Sape orang Cheras? Hehe. Kawasan Cheras sekarang mesti tengah banyak pembinaan bangunan. Kawasan ni nanti ada shopping mall yang banyak. Sekarang al-maklum dah ada Viva Mall, Jusco Taman Maluri, Jusco Cheras Selatan. Stesen komuter LRT pun dah ada di Stesen Miharja, Stesen Maluri, Stesen Chan Sow Li. Sekarang manusia masih tak puas hati. Hehe. Diorang nak tambah lagi shopping mall. Sekarang dah ada Viva Mall. Tak pernah pergi lagi. Orang kata Viva Mall ni jual barangan perabot rumah. Perabot-perabot dia agak mahal jika nak dibandingkan dengan IKEA. Kalau saya nak pergi pun mungkin sebab Viva Mall ada pawagam MBO. Bile nak pergi? Don't know yet. Ada orang bawa saya pergi saja. Hehe. Ini la Viva Home kome. Ada MBO. ok, ada alasan nak pergi sana. Hehe. Tak jauh dari Viva Mall, company Sunway nak bina Sunway Velocity di Jalan Cheras. Velocity Mall ini ada rumah apartment link sekali dengan shopping mall dia. Harga usah cakap ar, mesti mahal gilaw. Projek ni RM3.6billion ringgit! Bunyi cam mahal. Don't know la. Saya bukan orang bisnes. Diorang expect nak siap 2013. Eh! tahun depan sudah. Cepat masa berlalu kan. Ini la ghopenye Sunway Velocity tu nanti. Cantik bebenor la kome buat. Tak jauh dari Jalan Cheras, Boulevard Holdings Bhd nak bina IKEA kat Jalan Cochrane. Boulevard juga lah yang bina The Curve dan IKEIA kat Damansara nun. Apa yang diorang interested sangat kat kawasan ni. Sebab makin maju dan maju dan maju. Kerajaan pulak ada projek besar bernama Tun Razak Exchange (TRX) project RM26billion di Jalan Tun Razak berdekatan dengan Jalan Cochrane. TRX ini akan menempatkan pejabat-pejabat syarikat tempatan dan syarikat antarabangsa. Ada link untuk MRT dan highway berdekatan. Projek ni dikatakan akan meningkatkan ekonomi negara. Goodluck with that. Diorang expect nak siap 2016 nanti. 4 tahun lagi na. Tu dia. Kerajaan kite tengah duk bina ni la. Sebelah TRX je dah ada KLCC dan sebagainyer lah. Oh not to mention, MRT tu pun dah dibina di Stesen Cochrane dan Stesen Maluri. Kebabom! Peta kad kahwin. Big money everywhere. Negara maju, orang kita pun kena maju. Tak boleh ketinggalan ok. Dunia, dunia gak. Akhirat tu jangan lupa plak. Tetibe. Adios. |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan