Sabtu, 25 Mei 2013

12 di salak tinggi - Google Blog Search

12 di salak tinggi - Google Blog Search


Bertazkirah Mengenai Bandar Ilmu <b>Di</b> Masjid <b>Salak Tinggi</b>, Sepang

Posted: 04 Apr 2013 04:56 PM PDT

-->
Salak Tinggi, 18 Jamadil Awwal 1434 = 30 Mac 2013 (Sabtu):
Sudah beberapa kali pihak Masjid Salak Tinggi menghubungi Adun, minta datang ke Masjid Salak Tinggi bagi memenuhi slot tazkirah antara waktu Maghrib ke Isyak. Namun waktu-waktu cadangan yang biasanya pada hari minggu, tiada kosong. Hinggalah tarikh hari ini Adun berjanji untuk datang, jika tidak ada program penting di tempat lain.
Salak Tinggi adalah berada di dalam Kawasan Sepang yang merupakan kawasan Selatan bagi negeri Selangor yang bersempadankan negeri Sembilan. Kawasan Sepang bukanlah asing bagi Adun Bangi, kerana Bangi juga bersempadankan Sepang seperti kawasan Sungai Merab. Sepang juga merupakan Kawasan Angkat bagi Adun. Lantaran urusan perlantikan imam-imam memerlukan kehadiran Adun Di Pejabat Agama Sepang bagi mesyuarat dan menandatangani kelulusan. Begitu juga berhubung dengan perlantikan Ketua Kampung menghendaki Adun menghadiri mesyuarat, temuduga dan menandatangani kelulusan. Adun juga sering menghadiri majlis-majlis sambutan, penyampaian zakat dari JAIS dan sebagainya di Masjid Hishamuddin yang merupakan Masjid Jami` di Daerah Sepang, lagi pula Adun sering bersolat di Masjid ini apabila datang ke rumah anak di perumahan kediaman dalam kawasan Sekolah Agama Menengah di sini yang berhampiran dengan kawasan Masjid Hishamuddin. Beliau sebagai guru di Sekolah tersebut.
Ketibaan Adun di Masjid Salak Tinggi seelok waktu Maghrib tidak berkesempatan bercakap dengan jamaah dan tiada siapa yang menyambut hadir sehingga menyangka silap masjid yang Adun hadiri. Namun selepas solat sunat ba`diyyah Maghrib Adun dijemput menyampaikan tazkirah. Adun hanya dapat berkenalan selepas solat Isya` yang Adun sendiri mengimami, khususnya semasa minum. Adun berkenalan dengan Ketua Kampung Tuan Haji Muhammad bin Othman dan beliau menyebut telah beberapa kali
bersama Adun, masa interview dan berurusan sebagai Ketua Kampung. Beliau menyebut Salak Tinggi, Labu Lanjut dan Gincing termasuk di bawah Mukim Labu di dalam Daerah Sepang.
Bercakap bersama kami ialah Tuan Haji Ismail bin Ahmad yang merupakan Nazir Masjid. Beliau adalah graduan UKM dalam bidang Sains dan keluar semasa UKM di Jalan Pantai. Ini bermakna beliau adalah antara dari generasi awal UKM dan kini sudah berpencen dan menetap di Salak Tinggi setelah berkahwin dengan orang tempatan di sini. Menurut Tuan Haji Ismail Masjid Salak Tinggi didirikan secara gotong royong pada tahun 1963. Bangunan asal menurut Tuan Haji Ismail adalah kecil. Beliau menunjukkan bahagian awal dari masjid dan agak kecil, tapi cukup bagi keperluan masyarakat pada masa itu. Kini masjid ini telah ditambah dan berada di tepi simpang jalan. Turut bersama kami ialah Imam Masjid Tuan Haji Sharafuddin yang menyebut bahawa tapak masjid ini asalnya adalah tanah padi. Tapi sekarang semua sudah berubah dan berada di pinngir Pekan Salak Tinggi. Menurutnya ada satu lagi penempatan baru, iaitu Salak Jaya. Di Salak Jaya ini terdapat 10 buah taman. Menurutnya, suasana di sini lebih sebok berbanding dengan 10, 20 tahun dulu.
Sebelum itu untuk datang bertazkirah di sini, Adun membuat sedikit persiapan nota pada buku catatan poket yang sering Adun bawa ke mana saja. Persediaan yang Adun buat ialah hendak bercakap tentang `Pentingnya Tarbiah Dalam Kehidupan.` Namun sebelum penyampaian tazkirah, pengerusi memperkenalkan Adun dengan mengaitkan usaha Adun mempopularkan Bangi Bandar Ilmu (BBI). Nampaknya motto yang kita perkenal Bangi Bandar Ilmu sudah begitu terkenal. Ianya menjadi buah mulut dan diperkatakan orang, khususnya di Selangor bahkan seluruh Malaysia. Adun juga menanggapi bahawa mereka ingin tahu lebih dalam mengenai Bangi Bandar Ilmu. Dengan tanggapan ini secara spontan Adun mengubah tajuk, tidak memperkatakan soal Tarbiah, sebaliknya Bangi Bandar Ilmu. Adun bercakap berdasarkan fakta-fakta popular yang sudah ada di dalam minda. Adun bercakap berdasarkan fakta-fakta.BBI bukan slogan kosong, tetapi: 
1)      Bangi dibangunkan berkait rapat dan bersama dengan pembangunan Kampus UKM. (1965) Sebelumnya BBI adalah kawasan ladang kelapa sawit & getah. Bangi dibangunkan sebagai pemangkin bagi kemajuan UKM.
2)      Pembangunan Bangi memberi keselesaan kepada tenaga Pengajar, pelajar  dan orang ramai mendapat keperluan asas.
3)      Terdapat 18 universiti di dalam dan berdekatan dengan DUN Bangi. Terdapat pula  berpuluh Pusat Pendidikan dan Penyelidikan  yang memprojekkan
4)      Ramai tenaga Pengajar dan mahasiswa tinggal di Bangi dan sekitarnya yang menghidupkan suasana keilmuan di BBI.
5)      Masjid-Surau berjumlah (surau 110 buah – masjid 6) mengadakan kegiatan keilmuan saban hari yang meningkatkan imej BBI.
6)      Badan-Badan Politik dan NGO-NGO sering mengadakan kegiatan keilmuan dan membaca.
7)      Adun sendiri menganjurkan majlis-majlis ilmu dari pasar ke Medan Usahawan. Ke surau-masjid dan di dewan-dewan.
8)      Pejabat Adun mengadakan Kegiatan Seminar, forum, Diskusi, dan berbagai  kegiatan ilmiah.
9)      Pejabat Adun memberi kerjasama dan peruntukan bagi berbagai kegiatan ilmu
10)  Adun adakan Hari-Hari sambutan  yang berhubung dengan Ilmu
11)  Adun gunakan sebahagian dari peruntukan bagi kegiatan keilmuan.
12)  Setiap tahun memberi insentif kepada pelajar cemerlang.
13)  Menerbitkan buku-buku berhubung dengan BBI
14)  Menyampaikan bantuan pembangunan institusi keilmuan sama ada dari peruntukan Adun atau negeri.
15)  Bekerjasama dengan institusi-institusi, badan-badan dan Ngo-Ngo yang mmembuat kegiatan berhubung dengan ilmu.
Adun berpendapat, bahawa Salak Tinggi dan Sepang sama terpercik dengan kegiatan-kegiatan ilmu, ianya bukan saja berjiran dengan Bangi, tetapi dengan Nilai dan Putra Jaya yang juga pesat berkembang dengan Ilmu – termasuklah Cyberjaya di Sepang yang juga menjadi pusat kegiatan ilmu. Walau bagaimana Salak Tinggi jangan hanya melihat kelilingan pesat dengan pembangunan dan kegiatan ilmu, tetapi hendak berusaha dan mengambil bahagian membangun masjid dan kawasan dengan kegiatan-kegiatan ilmu. 
Di akhir tazkirah Adun menghadiahkan kepada masjid 3 salinan bagi dua judul buku, iaitu Bangi Bandar Ilmu dan Gagasan Bangi untuk Perpustakaan Masjid. (Kedua-dua buku ini Adun sentiasa sediakan dalam kenderaan Adun dan menghadiahkan kepada sesiapa yang difikirkan wajar).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads