Jumaat, 24 Jun 2011

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM): Ceramah SSDE <b>Di Dengkil</b> <b>...</b>

Posted: 24 Jun 2011 12:03 AM PDT

19 Jun 2011, Dengkil : Satu lagi siri Roadshow Selamatkan Selangor Darul Ehsan (SSDE) telah berlangsung di Kg. Labuhan Dagang, Dengkil, Selangor. Kali ini menampilkan YB Senator Ezam Mohd Nor, Dato' Dr Mohamad Satim Diman dan Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail. Program tersebut bermula pada jam 9.00 malam bertempat di kediaman di Rumah Dato' Hj Sabari Misran.

Memulakan program, YB Senator Ezam menyampaikan ceramah dengan membawa segala latarbelakang Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mana beliau sendiri telah menubuhkannya. Beliau membuka segala kelompangan serta masalah yang melibatkan Ketua Umumnya iaitu Anwar Ibrahim. Pelbagai perkara disentuh berkaitan dengan kredibiliti serta permasalahan peribadi Anwar Ibrahim.

Sebaik sahaja selesai ceramah YB Senator Ezam kemudiannya beredar dari lokasi ceramah memandangkan beliau terpaksa menghadiri satu lagi ceramah yang telah diaturkan untuk beliau di Sg. Kandis, Klang.

Kemudiannya, YB Dato' Dr. Mohamad Satim Diman (Ketua Pembangkang di DUN Selangor) mengambil tempat dengan memulakan ceramahnya dengan tayangan video yang memaparkan kebobrokan Pakatan Rakyat. Beliau juga turut mengulas kelemahan kerajaan pakatan rakyat di Selangor yang nyata gagal membawa pembangunan di Selangor sebagaimana yang diharapkan.

Sebaik sahaja selesai ceramah beliau, kini giliran Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail, Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia (ADAM) menyampaikan ceramah bagi mewakili suara anak muda yang tidak sanggup melihat negara tergadai dek perangan 'petualang' di dalam Pakatan Rakyat yang sanggup menggadaikan prinsip bangsa dan agama demi kuasa.

Berikut dikongsikan beberapa gambar yang telah sempat dirakamkan semasa program tersebut berlangsung.


Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads