Jumaat, 24 Jun 2011

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Pelajar mudah mendapatkan arak <b>di Petaling Jaya</b> | MummyNemo [dot] com

Posted: 24 May 2011 07:50 PM PDT

No of View :352

KEDAI arak yang didakwa  tidak mempunyai lesen dikunjungi pembeli di Jalan Chantek, Petaling Jaya. "Saya tidak mempunyai kuasa menghalang kerana mereka sekadar berdiri di luar premis," kata seorang pekerja kedai minuman keras di Jalan Chantek, di sini, selepas ditegur orang awam yang khuatir melihat premis berkenaan menjadi tumpuan luar biasa golongan pelajar.Pengadu yang hanya mahu dikenali sebagai Dinesh mendakwa, premis itu menjadi tumpuan luar biasa golongan pelajar lelaki daripada sekolah berhampiran, setiap kali selepas tamat waktu persekolahan.Katanya, pelajar berkenaan biasanya menukar pakaian seragam dipakai terlebih dulu sebelum memasuki kedai minuman keras itu menyebabkan kakitangan premis berkenaan terus 'menutup mata' walaupun hakikatnya mengetahui mereka masih di bawah umur.

"Sudah berkali-kali dimaklumkan ada di antara pelajar sekolah mendapatkan bekalan minuman keras di situ, namun sehingga kini apa yang saya lihat golongan itu terus bebas keluar masuk ke premis berkenaan setiap kali tamat sesi persekolahan.

"Premis itu terletak berdekatan kawasan perumahan serta sebuah sekolah, jika pelajar semuda 16 tahun bebas mendapatkan minuman keras, saya khuatir perbuatan mereka ini akan menjadi ikutan pelajar lebih muda," katanya kepada Sentral.

Dinesh mendakwa, seorang rakannya yang sering ke premis itu memaklumkan pemilik kedai berkenaan mungkin mendapat bekalan minuman keras bebas cukai kerana berupaya menjualnya lebih murah, menyebabkan golongan pelajar terus menjadikan premis itu sebagai tumpuan.
"Daripada pemerhatian saya, ada minuman keras yang biasanya dijual sehingga RM100 di premis lain, tetapi boleh didapati dengan harga kurang RM80 di premis itu.

"Keadaan ini mungkin menyebabkan kedai itu terus menjadi tumpuan pelajar," katanya.

Dalam masa sama, Dinesh berharap agensi berwajib di kawasan itu dapat menjalankan pemeriksaan bagi mengenalpasti sama ada mereka diberi kebenaran menjalankan perniagaan minuman keras.

"Setahu saya, pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak meluluskan permohonan penjualan minuman keras jika premis terbabit didapati menjalankan perniagaan terlalu hampir dengan sekolah.

"Sebaliknya, dalam kes ini, premis itu hanya terletak kira-kira 500 meter saja daripada sekolah menengah lelaki," katanya.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Zainun Zakaria ketika dihubungi berkata, pihaknya akan membawa isu membabitkan premis minuman keras itu ke mahkamah secepat mungkin selepas pemiliknya gagal mematuhi arahan dikeluarkan MBPJ.

Zainun berkata, pihaknya pada awal tahun ini tidak meluluskan permohonan lesen perniagaan dibuat premis minuman keras itu kerana didapati menjalankan perniagaan berhampiran sekolah.

"Kami sudah menghantar satu lagi notis mengarahkan premis itu menghentikan operasinya dengan segera, malangnya mereka terus berdegil, menyebabkan permasalahan ini akan dibawa ke mahkamah," katanya.

nota kaki : Dengar2 Malaysia menduduki ranking ke 10 dunia dalam kes jumlah peminum arak…hebatkah atau bagaimana pendapat anda?

Related posts:

  1. Pelajar lelaki mencabul seorang pelajar perempuan tanpa menghirau orang lain melihatnya
  2. Pelajar menumbuk gurunya kerana menegur rakannya merokok.
  3. Obesiti pelajar direkod dalam kad pelajar. Obesiti guru?hehe
  4. Mayat pelajar lemas sukar dikeluarkan dari celahan batu
  5. Cara mudah keluarkan KWSP pada usia 50 tahun
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads