12 di sungai burong - Google Blog Search |
Harga Padi Turun Mengejut, Noh Omar Anak Tirikan Pesawah Posted: 25 Apr 2012 02:54 AM PDT TANJONG KARANG, 25 APR : Seramai 20 pesawah mewakili hampir 3,000 pesawah di kawasan Sawah Sempadan, Tanjong Karang menuntut tindakan segera Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkaitan penurunan harga padi secara mengejut semalam. Ketua Blok Q, Sawah Sempadan, Mohd Ali Abdul Kasim berkata harga yang ditetapkan bagi penjualan padi adalah RM1,250 bagi satu tan metrik. Namun, harga itu turun kepada RM1,200 dan ini menyebabkan sebilangan besar pesawah enggan menuai padi dan mereka melahirkan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan itu. "Pesawah-pesawah merasa ditipu dan marah dengan tindakan kementerian tidak mengambail sebarang tindakan kepada pihak yang menurunkan harga padi tanpa memberi notis awal dan sebab-sebab yang boleh diterima," katanya ketika ditemui di Blok S, Sawah Sempadan hari ini. Menurutnya, pesawah-pesawah tidak mempunyai pilihan selain menjualnya juga kerana padi akan kering jika melebihi tempoh pemotongannya. Selain itu, syarikat-syarikat yang menguruskan pembelian padi memberi alasan padi yang dijual banyak 'hampa'dan semua kawasan lain turut mengalami penurunan harga padi mendadak. " Kawasan padi di Selangor terbahagi kepada 4 zon dan Sawah Sempadan merupakan Zon 1 dan kami memotong padi lebih awal dari kawasan-kawasan lain dan harganya tidak tentu sama," tambahnya. Dalam pada itu, Sanusi menjelaskan, kos menanam padi semakin meningkat dan subsidi yang diberikan tidak mencukupi kerana padi yang ditanam tetap berhadapan kemungkinan dijangkiti penyakit. "Hasil padi ini bermusim dan seharusnya pihak yang terbabit tidak menangguk di air yang keruh kerana mengusahakan padi bukan mudah," jelasnya lagi. Sementara itu, pesawah yang ditemui, Jailani Mansor, 66, walaupun terdapat perbezaan fahaman politik, kementerian tidak boleh bersikap sambil lewa dalam menangani isu ini. "Sawah padi merupakan periuk nasi kami sejak puluhan tahun, jadi kami minta pihak berkenaan mengambil jalan segera menyelesaikan masalah ini," ujarnya. Serentak itu, pesawah-pesawah di kawasan ini menuntut supaya Kementerian Pertanian, Industri dan Asas Tani bertanggungjawab membela nasib para petani dengan menetapkan keseragaman harga padi di semua kawasan di Selangor. |
You are subscribed to email updates from di sungai burong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan