Khamis, 3 Mei 2012

12 di kajang - Google Blog Search

12 di kajang - Google Blog Search


Kematian Seorang Doktor Pelatih <b>Di</b> Hospital <b>Kajang</b>....Apa Yang <b>...</b>

Posted: 11 Apr 2012 10:33 PM PDT

Seorang doktor pelatih dijumpai mati di dalam tandas di Hospital Kajang kerana dipercayai menyuntik sejenis 'bahan' yang belum dikenal pasti, melebihi dos yang dibenarkan.

Lee Chang Tat, 29, ditemui di dalam tandas lelaki di Wad Pediatrik hospital itu kira-kira pukul 7 pagi oleh seorang pekerja hospital yang sedang mencarinya.

Turut ditemui disisi mayat adalah jarum suntikan yang telah digunakan.

Apa yang 'mengharukan', mendiang dipercayai menyuntik bahan tersebut ditubuhnya bagi melawan kepenatan yang keterlaluan disebabkan tugasnya di situ.

Menurut The Star, Chang Tat yang telah bertugas di hospital berkenaan sejak tiga tahun lalu, telah bertugas 'on call' sejak lima hari berturut-turut.

Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr. Azman Abu Bakar berkata, usaha menyelamatkan Chang Tat telah dilakukan namun ia tidak berjaya.

" Mendiang dikejarkan ke bilik kecemasan namun semuanya sudah terlewat," katanya.

Menurutnya, Chang Tat tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan sebelum ini.

Seorang pengawal keselamatan hospital memberitahu, dia mendengar bunyi telefon bimbit mendiang dari luar tandas.

" Kami terpaksa memecahkan pintu tandas sebelum menemuinya bersama dengan jarum suntikan itu," katanya.

Ketua Polis Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, Chang Tat yang mendapat latihan perubatan dari Uruguay ada mengadu kepada keluarganya mengenai waktu kerjanya yang panjang.

" Keluarganya memberitahu Chang Tat merancang untuk bercuti di Kemboja bersama rakan-rakannya tidak lama lagi," katanya.

Beliau mengesahkan bedah siasat ke atas mendiang menunjukkan yang beliau meninggal dunia kerana pengambilan dos yang berlebihan.

Baik, penulis ingin bertanya kepada anda, bagaimana anda melihat kematian doktor muda itu?

Benar, jika betul, tidak wajar beliau mengambil suntikan itu kerana rasanya beliau tentu maklum mengenai risiko yang dihadapi tetapi bagaimana pula dengan pengorbanannya untuk menyembuhkan pesakit di hospital itu sehingga terpaksa 'mengorbankan' dirinya sendiri?

Banyak yang kita boleh ambil iktibar dan renungan dari kisah sedih ini….takziah buat keluarga Dr. Lee Chang Tat. - Oleh SYAHRIL A. KADIR

Iklan Teks:

Berita Berkaitan:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads