Khamis, 12 September 2013

12 di bangi - Google Blog Search

12 di bangi - Google Blog Search


Kemalangan Ngeri Ragut Nyawa 4 Beranak <b>Di Bangi</b> | ! Erti <b>...</b>

Posted: 09 Sep 2013 06:20 PM PDT


Kemalangan ngeri diteras jernang yang berlaku pagi semalam telah meragut nyawa seorang emak bersama dengan 3 anaknya..apa yang menyedihkan ialah mangsa kemalangan merupakan isteri kepada Ustaz yang pernah mengajar gua masa sekolah rendah dulu di SMKBBB =(

Ustazah Rohaya merupakan ustazah di sek jalan 2 Bandar Baru Bangi menaiki kancil terlibat dalam kemalagan ngeri dengan lori di kawasan teras jernang bangi lama pagi semalam . Isteri dan 3 anaknya meninggal dunia. Satu masih dirawat dihospital, mengikut sumber lain isteri sedang mengandung anak ke 8.

Difahamkan, ketika kejadian Ustazah Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya itu dalam perjalanan dari Bangi ke Kajang dipercayai mahu menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang, sebelum terbabas dan melanggar lori dari arah bertentangan.

Tiga anaknya, Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, 1. Rohaya dan tiga anaknya itu maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi anaknya, Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan kini masih dirawat di Hospital Kajang.


Gua dapat berita pun melalui kawan sekolah rendah dulu...,hurm...,

Ya Allah tenangnya ustaz taufiq menunaikan solat terakhir buat isteri dan anak-anaknya..,begitu tabah dan kuat jiwa Ustaz menghadapi dugaan semua ini.., sayu je hati tengok wajah uztas bersama anaknya berbaju kuning
Gambar kenangan Ustaz taufiq bersama dengan Isteri dan anak-anaknya...

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada untuk Isteri dan anak-anaknya...


p/s : walaupun mungkin ustaz tak ingat saya lagi tapi saya sebagai anak murid tetap ingat ustaz yang sporting..

Kemalangan Maut <b>di</b> Jalan <b>Bangi</b> Lama - Teras Jernang

Posted: 09 Sep 2013 04:04 AM PDT

Berita TV9 ngaborkan dema datang dari arah Bandar Seri Putra, tapi kemudiannya dapat confirm bahawa Allahyarhamah merupakan warga Taman Impian Putra bila dapat tau nama jalan rumah mereka malam tadi dan disahkan oleh anak menakan yang tinggal berhampiran (jiran selang 2 rumah)..

Inna lillahi wa inna ilaihi rooji'uun.. semoga suami dan anak-anak tabah menghadapi ujian ini..

Ustazah, 3 anak maut nahas
Oleh NORAZRIN MARZUKI - pengarang@utusan.com.my


Keadaan kereta Rohaya Md. Rabi yang remuk selepas bertembung dengan lori dalam kemalangan yang meragut nyawanya bersama tiga anaknya di Jalan Kajang-Banting, Bangi Lama, Hulu Langat, semalam.

HULU LANGAT 9 Sept. - Rutin harian seorang guru agama Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Bangi untuk mengajar sesi petang berakhir dengan tragedi selepas dia bersama tiga anaknya maut dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Kajang-Banting, Bangi Lama di sini hari ini.

Kejadian berlaku semasa mangsa, Rohaya Md. Rabi, 35, yang memandu kereta Perodua Kancil dan tiga anaknya dalam perjalanan ke sekolah itu pukul 12.10 tengah hari sebelum kenderaan tersebut bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Ketiga-tiga anaknya yang terbunuh ialah Nur Nabila Al Huda Mohd. Tauffid, 9; Nur Nabila Al Hanan, 7, dan Mohd. Nabil Lutfi Al Hadif, 1.

Seorang lagi anak Rohaya yang turut berada di dalam kereta itu, Mohd. Nabil Lutfan Al Husna, 3, terselamat tetapi dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Kajang.

Nur Nabila Al Huda, Nur Nabila Al Hanan dan Mohd. Nabil Lutfan Al Husna turut belajar di sekolah tersebut manakala Mohd. Nabil Al Hadif dibawa ibu mereka semasa mengajar kerana masih kecil.

Selain empat anaknya itu, Rohaya turut mempunyai tiga lagi anak yang masih bersekolah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab berkata, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaannya ketika melalui lokasi terbabit lalu bertembung dengan sebuah lori dari arah bertentangan.

Difahamkan, jalan lama dilalui mangsa merupakan laluan pintas dan agak berselekoh serta curam.

"Perlanggaran itu mengakibatkan kereta tersebut remuk dengan kesemua mangsa tersepit di dalam kenderaan. Sebuah van yang berada di belakang lori itu juga gagal mengelak lalu melanggar belakangnya.

"Bagaimanapun pemandu lori dan van itu cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan. Kesemua mangsa yang meninggal dunia dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan, jenazah kesemua mangsa dihantar ke kampung halaman mereka di Kuala Nerang, Kedah, malam ini untuk dikebumikan.


KUALA LUMPUR 9 Sep. 2013 - Keluarga mangsa kemalangan maut empat beranak, Allahyarham Rohaya Md Rabi bersama tiga anaknya Nur Nabila Al Huda, Nur Nabila Al Hanan dan Mohd. Nabil Lutfi Al Hadif, tidak dapat menahan kesedihan menunggu jenayah di hospital di sini hari ini. - BERNAMA

Sementara itu, menurut rakan Allahyarham, Norsuriyati Abd. Rahman, arwah seorang guru yang baik dan disayangi murid-murid malah aktif dalam bidang sukan walaupun mengajar subjek Pendidikan Islam.

"Saya mengenali arwah sejak hampir 10 tahun lalu ketika kami mula berkhidmat sebagai guru di sekolah itu. Selepas dipindahkan ke pejabat pendidikan daerah di sini pun kami masih lagi saling berhubung.

"Kali terakhir saya menemui Allahyarham pada Ramadan lalu dan kurang berkesempatan untuk kerap meluangkan masa bersama.

"Pemergiannya betul-betul memeranjatkan saya kerana turut membawa tiga lagi anaknya," katanya sebak ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Serdang di sini hari ini.

Sementara itu, suami Allahyarham, Mohd. Tauffid Kassim gagal ditemui kerana terpaksa menemani Mohd. Nabil Lutfan Al Husna, 3, yang kritikal dan sedang dirawat di Hospital Kajang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20130910/je_01/Ustazah-3-anak-maut-nahas#ixzz2eSGRevCv © Utusan Melayu (M) Bhd

Nota: Gambar di muka depan akhbar bercetak Utusan lebih menyayat hati..  :'(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads