12 di kelana jaya - Google Blog Search |
GANGGUAN PREMIS KARAOKE TERBUKA <b>DI PETALING JAYA</b> Posted: 03 Sep 2013 11:43 PM PDT As Salam. Saya memohon jasabaik tuan untuk membantu kami, penduduk PPRT TAMAN PUTRA DAMAI, LEMBAH SUBANG, 47301 PJ. lokasi yang tepat, antara blok H dan blok G. Sejak awal tahun, telah didirikan pondok berkaraoke dan aktiviti bermula pada 9 malam hingga 12 malam, setiap hari. Oleh kerana PPRT ini di bawah seliaan Majlis Perbandaran Petaling Jaya, MBPJ, banyak aduan telah diajukan oleh penduduk berkaitan karaoke terbabit tetapi tidak diendahkan langsung oleh MBPJ. Setelah aduan tidak dihiraukan, saya telah memajukan aduan kepada Biro Pengaduan Awam, juga tidak dihiraukan kerana tidak tahan dengan bunyi bising pada setiap malam, saya telah mengadu kepada YB HALIMAH ALI, EXCO SELANGOR, juga tidak dihiraukan dan beliau menyuruh saya mengadu kepada MBPJ. Saya memberitahu YB HALIMAH bahawa saya pernah berbuat demikian hingga kini tiada respon daripada YB HALIMAH. Seorang warga emas telah ke JABATAN PERUMAHAN NEGARA untuk membuat aduan. Mereka memaklumkan bahawa mereka tidak dapat berbuat apa apa. Laporan polis di Ara Damansara juga telah dibuat atas sebab mengganggu ketenteraman penduduk. Difahamkan pusat karaoke itu dimiliki oleh individu pemegang dokumen penduduk tetap. Ia dinaungi oleh Ahli Majlis bahagian Petaling Jaya. Pernah beberapa kali diadakan pertandingan karaoke dan dirasmikan oleh Ahli Majlis tersebut. Lesen pun ada. hairan, karaoke di kawasan perumahan dan tempat terbuka. Bagaimanakah boleh diluluskan? Kepada siapakah lagi kami perlu meminta bantuan? Saya amat berharap dengan kenalan yang tuan ada, sudilah kiranya tuan membantu kami. Robohkan gerai karaoke itu. Jasa baik tuan membantu kami, Allah jua yang mampu membalasnya. Saya erdoa semoga Allah melorongkan tuan, memudahkah tuan utk membantu kami. Buatlah liputan atau apa sahaja, kami alu-alukan. semoga Allah merahmati tuan. Journalis Maya : UglyDuckling |
Kereta Remuk Dihempap Kren <b>Di Petaling Jaya</b> Posted: 17 Aug 2013 08:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Sebuah kereta yang diletakkan di tepi jalan di USJ2/3 Subang Jaya, berdekatan pusat membeli-belah Summit dekat sini semalam, remuk selepas dihempap kren yang diguna dalam pembinaan landasan LRT. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian itu. "Kita difahamkan oleh syarikat yang bertanggungjawab, bahawa 'handle' kren tersebut bengkok sebelum ia menghempap bumbung kereta itu yang remuk 90 peratus," katanya kepada pemberita. Sani berkata bomba menerima panggilan pukul 6.17 petang sebelum sebuah jentera dengan enam anggota tiba 30 minit kemudian. Sementara itu, Syarikat Prasarana Negara berhad (Prasarana) dalam kenyataan, berkata kren berkenaan dimiliki satu daripada kontraktor yang terbabit dalam Projek Penyambungan Laluan LRT (LEP) bagi laluan Kelana Jaya. Pengarah Kumpulan Bahagian Pembangunan Projek Zulkifli Mohd Yusoff berkata Prasarana telah melancarkan siasatan berhubung kejadian dan akan menyerahkan laporan kepada Jabatan Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan, Kementerian Sumber Manusia sebaik siasatan selesai. "Prasarana telah mengeluarkan arahan memberhentikan kerja serta-merta kepada kontraktor utama, TRC. Kami akan bekerjasama dengan semua pihak berkuasa berkaitan bagi mempermudahkan siasatan," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from di kelana jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan