12 di bangi - Google Blog Search |
Liza @ Adzriel AB: Lunch dengan blogger <b>di</b> Warta, <b>Bangi</b> Posted: 24 Jun 2011 05:49 PM PDT Tengahari Jumaat semalam aku lunch bersama dua orang blogger dan anak aku Aishah di Bandar Baru Bangi. Aku terlewat tiba jam 1.00 petang di tempat yang di bangunan Warta. Terlewat gara-gara anak aku Azri tertinggal van sekolah seperti yang aku ceritakan dalam entry INI. Sebenarnya pasaraya Warta dalam tu dah lama diganti dengan Giant, tapi sebab asal mula dulu Warta, maka nama tu dah melekat diminda kebanyakan penduduk di situ. Hanis Azla telah mengajak aku lunch sama sejak pukul 10.30 pagi lagi. Kasihan dia kerana lama menunggu aku dan Aishah tiba hingga sempat window shopping dulu bersama temannya Aliza dari blog Inspirasi Cintaku. Kami makan di restoran RasaMas. Service sangat lambat sebab orang ramai pada hari Jumaat. Lama menunggu di meja tapi tak ada seorang pun pelayan yang datang ambil order. Aku lewat tak mengapa, tapi kesianlah dengan Aliza dan Hanis Azla sebab lepas tu nak kena masuk pejabat semula. Tentu baby sulung dalam perut Aliza meronta-ronta juga nak makan...he..he.. gurau je! Biasalah aku ni bukanlah penyabar, maka aku pun bangun dan terus ke kaunter bayar "Dik! Akak dah tunggu lama ni, tak ada siapa ambil order! Orang lain yang sampai lewat ada yang ambil order", aku cakap elok-elok dengan pekerja di situ yang sedang sibuk menyediakan hidangan. Kesian dia, terasa kalut sungguh. "Maaf ye kak! Nanti saya datang!", jawab adik itu sambil melihat di mana meja aku. Memang penuh pun restoran tu. Meja kitaorang pun masih ada pinggan mangkuk yang belum diangkat. Bila dipanggil barulah ada yang mengangkatnya. Panik agaknya bila orang ramai. Mungkin pihak pengurusan perlu letak lebih pekerja pada hari Jumaat sahaja untuk mengatasi masalah kalut begini. Sementara menanti hidangan yang dah diorder, kami berborak-borak dulu. Sempat juga aku bercerita tentang kisah Cik Epal yang excited gila bila dapat berjumpa dengan pelakon pujaannya. Siapa yang tak excited bila pelakon tu kata dia pernah baca blog kita sendiri. Aku pun teruja! Memang gilalah excitednya dia dalam entry INI! Bila aku berjumpa Hanis Azla dah tentulah banyak bercerita tentang anak-anak. Aliza tak boleh cerita lagi sebab anak dalam perut lagi. Dah 8 bulan, tak lama dah tu. Kesian dia, awal-awal mengandung dulu mabuk teruk juga. Susah ye dugaan mengandung ni bagi sesetengah orang. Ada juga yang rilek je macam tak mengandung tapi suami pulak yang mabuk atau mengidam bukan-bukan. Apa pun itulah pengalaman yang sangat berharga. Inilah set yang kami order. Hanis Azla minta ayam panggang separuh dan prime roast separuh, tapi yang datang seekor ayam panggang je. Nasib baiklah kitaorang ni jenis tak cerewet. "Tak pelah dik!", kita kata pada pelayan tu. Bagusnya dia mohon maaf atas kesilapan itu. Sejuk sikit hati. Bukan panas pun sebenarnya. Aliza pula kenalah tukar dari air berkarbonat ke fresh orange. Baby dalam perut tak boleh minum air bergas. Macam sesuai je kami ni makan. Masing-masing memang licin semuanya.... tinggal tulang aje. Selagi ada kami habiskan semua. Cuma sup aje tak hirup sampai habis. Perut kenyang, suka hatilahkan. Agenda makan habis dalam pukul 2.30 petang rasanya. Amboi lamanya! Lama menunggu di meja makan. Tapi still enjoy dapat bersantai makan-makan dengan kawan-kawan yang dulu tak kenal, sekarang dah kenal gara-gara blog. Moga ada rezeki dapat jumpa lagi Hanis Azla dan Aliza. Sempat lagi anak aku Aishah berkata pada aku "Shawl auntie Hanis tu cantiklah mama. Akak nak kain yang macam tu lah". Shawl warna krim tu memang cantik, tapi lebih berseri bila yang memakainya cantik macam Hanis Azla. Aku terpaku sebenarnya melihat baris giginya yang putih bersih semasa sedang sibuk berborak tadi. Ha..ha.. sorry ye Hanis! Sebab suka tengok ke situ pulak... mulalah teringat nak jumpa dentist yang lama tak jumpa. Apa khabarlah dentist aku sekarang ni ye! Bolehlah kita cari satu kat rumah mak cu shawl cantik-cantik kat SINI. Banyaknya shawl! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan