12 di bangi - Google Blog Search |
Anak Seberang: <b>Bangi</b> Jadi Bangkai <b>Di</b> Bawah Kerajaan Pakatan Haram Posted: 23 Jun 2011 09:42 AM PDT Kali ni AS bawakan luahan dari seorang penduduk Bangi yang mengeluh dan teramat kecewa dengan keadaan Bandar Bangi, Selangor yang kotor dan sangat tidak terurus. Bangi yang sebelum ini diurus cukup baik dan dibangunkan secara sistematik semasa di bawah tadbiran UMNO/BN, nampaknya hancur bila dipegang oleh pakatan jahanam. Amat menyedihkan sekali. Mana pergi YB & Ahli Majlis Pakatan Haram? Janganlah makan gaji buta!
SAYA rasa terpanggil untuk menjemput wakil rakyat Bangi serta Yang Dipertua, Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) turun padang dan lihat sendiri di persekitaran Bandar Baru Bangi. Apa yang berlaku ketika ini, sampah sarap bertaburan di sepanjang jalan. Rumput, lalang dan pokok hiasan tidak deselenggara secara teratur terutama di kawasan lampu isyarat dan di bulatan. Sampah sampah lama bertaburan dan rumput tidak diselenggara dengan teratur dan berjadual. Ini mencemarkan bandar baru yang sedang pesat membangun. Malah, saya begitu terkejut melihat di hadapan pusat membeli belah Warta, Bangi Utama, di mana di depan dan kelilingnya dipenuhi dengan sampah lama serta lalang yang tidak terurus. Pokok-pokok hiasan terus terbiar. Peniaga dibenarkan menyewa gerai dan berniaga hingga di kaki lima bangunan. Malah keseluruhan di depan pintu masuk pusat membeli-belah dihalang kios pameran, meja, kerusi dan membahayakan pengunjung jika berlaku bebakaran. Saya hairan mengapa MPKj juga pihak berwajib membenarkan ini berlaku. Tasek Cempaka Bangi tempat warga Bangi beriadah begitu kotor dan tidak diselenggarakan serta dicemari oleh sampah sarap. Begitu juga jalan di sepanjang Tasek Cempaka dan ke Seksyen Satu Bangi. Di sini pula, longkang dipenuhi sampah, busuk dan menjijikan. Sampah sarap bertaburan termasuklah simpang dan di luar kawasan Masjid Al-Hasanah, Jalan Persiaran Bangi, Jalan Pusat Bangi. Di kawasan yang dipanggil Pusat Bandar Bangi, jalan-jalannya berlubang di sana-sini kerana tidak diselenggara. Diharap pihak berkenaan ambillah sedikit masa pergi melawat Bandar Baru Nilai, Subang Jaya/USJ dan Shah Alam untuk perbandingan dengan Bandar Baru Bangi. Yang pasti tahap kebersihan Bandar Baru Bangi terlalu jauh ketinggalan. Ini kerana Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain menyelenggara secara lebih teratur dan berjadual dengan peralatan lebih moden. Harapan saya, sebelum Mesyuarat Agung Tahunan dengan Persatuan Penduduk Penduduk Bandar Baru Bangi yang dirasmikan wakil rakyat pada 26 Jun ini, eloklah Yang Dipertua, Ahli Majlis MPKj serta wakil rakyat Bangi sama-sama turun padang melihat sendiri keaadan sekeliling. Buatlah sesuatu untuk warga Bangi. Jangan hanya turun padang untuk tengok projek sahaja. WARGA BARU |
You are subscribed to email updates from di bangi - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan