12 di cheras - Google Blog Search |
PAUHatsu!: PAUHnews: Bayi Berkecai <b>di Cheras</b> 2006 Posted: 01 Jun 2011 08:22 PM PDT Kejadian ini berlaku di hadapan apartmen aku di jalan Pudu Ulu, Cheras Kuala Lumpur. Ia berlaku di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang betul-betul bersetentangan dengan kediaman aku. Tetapi ketika kejadian tersebut berlaku, aku berada di tempat kerja. Kejadian tersebut aku sedari bila menonton berita di TV pada malam tersebut. Petikan dari akhbar The Star 30 November 2006 bertajuk "Bayi baru lahir dicampak dari atas flat". Orang ramai mengerumuni tempat kejadian. KUALA LUMPUR: Mayat seorang bayi lelaki yang baru lahir ditemui di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR), Jalan Pudu Ulu, Cheras, di sini awal pagi ini, dipercayai selepas dicampak dari bangunan flat berhampiran. Jurucakap polis dari balai polis Cheras berkata mayat bayi yang berkulit cerah dan tali pusatnya belum dipotong itu ditemui seorang tukang sapu di dalam sebuah beg plastik hitam yang turut mengandungi sisa kulit ayam dan ikan di kawasan letak kereta Blok B, bangunan PPR setinggi 17 tingkat itu. Semoga orang yang menganiaya bayi ini mendapat balasan yang setimpal. PPR Pudu Ulu, Cheras. "Bayi itu dipercayai mati dua hingga tiga jam sebelum mayatnya ditemui," katanya ketika ditemui di sini hari ini. Beliau berkata kepala bayi itu didapati pecah, dan beliau tidak menolak kemungkinan bayi itu masih bernyawa ketika dicampak. Blok B. Mayat bayi yang ditemui dalam keadaan ngeri ditutup dengan plastik hitam oleh polis. Sementara itu Ros Hayati Thambi Ahmad, 44, ketika ditemui di tempat kejadian memberitahu pemberita, dia terhidu bau busuk yang memualkan ketika sedang menyapu sampah di kawasan tersebut kira-kira pukul 7.15 pagi. "Saya ingat bau sampah biasa, sehingga saya terjumpa satu plastik sampah warna hitam berhampiran kawasan itu. Bila saya angkat beg plastik itu ia terkoyak dan mayat bayi itu terkeluar," katanya. Katanya beliau terus memanggil rakan-rakannya dan bergegas mendapatkan bantuan pejabat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di PPR itu, yang mereka kemudiannya menghubungi polis. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.Mayat bayi itu sudah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) untuk dibedah siasat. Jurucakap polis berkata kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan. Link kejadian yang hampir sama berlaku semalam 1 Jun 2011: PAUHnews: Bayi Hancur Dicampak |
You are subscribed to email updates from di cheras - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan