Selasa, 21 Jun 2011

12 di klang - Google Blog Search

12 di klang - Google Blog Search


Aku Zaid » Kolaj Foto Terpanjang <b>Di</b> Jambatan <b>Klang</b> – 4 Jun 2011 Ini

Posted: 04 Jun 2011 12:00 AM PDT

Arrhhh baru hari ni aku sempat nak update pasal Kolaj Foto Terpanjang Di Jambatan Klang yang akan berlansung pada 4 Jun 2011 nanti. Bukan apa aku seminggu tak ada kat rumah sebab pergi berjalan ke Phuket Thailand.  Untuk maklumat semua Kolaj Foto Terpanjang Di Jambatan Klang ini akan direkodkan dalam Malaysia Book Of Records

KOLAJ FOTO TERPANJANG DI MALAYSIA

Akan direkodkan oleh Malaysia Book Of Records, Klang Bandar Diraja akan diraikan melalui lensa kamera.

Sebagai sebahagian, daripada sambutan, Klang Bandar Diraja menyasarkan untuk mencipta sejarah dengan mengadakan "Kolaj Foto Terpanjang Di Jambatan Klang" dan untuk mendapatkan pengesahan  dan direkodkan di dalam Malaysia Book of Records pada Karnival Foto Warisan Selangor 2011 yang dijangka berlangsung pada 4 Jun 2011.

Gambar – gambar yang digunakan untuk kolaj ini akan diperolehi daripada koleksi – koleksi persendirian Majlis Perbandaran Klang dan Photo Creator Publication (PCP).

"Kami akan mempamerkan kolaj foto yang terpanjang sepanjang Jambatan Kota Klang,  kira-kira 181 meter panjang. Karnival foto ini akan mempamerkan warisan kami dan rakyat negeri Selangor. Justeru, menganjurkan karnival foto di Klang Bandar Diraja adalah sangat sesuai," ujar YB Elizabeth Wong, Exco  Pengerusi Pelancongan, Hal-Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor sewaktu ditemui di majlis pelancaran.

Beliau juga mengatakan yang kebanyakan mercu tanda yang terdapat di Daerah Klang telah pun dibaiki pulih kepada kegemilangan zamannya yang terdahulu  dan masyarakat Klang Khasnya berasa sangat gembira untuk memperolehinya kembali. Semestinya lensa para jurufoto akan dapat merakamkan khazanah-khazanah lama yang cantik dan indah.

Tourism Selangor bersama rakan-rakan penganjurnya; Majlis Perbandaran Klang dan Photo Creator Publication (PCP) telah melancarkan Karnival Foto Warisan Selangor 2011 pada hari ini di Galeri Sultan Abdul Aziz Shah dengan tujuan untuk menyambut sambutan ini dengan rakyat negeri Selangor dan para pengunjung. Karnival foto ini akan berlangsung di Klang Bandar Diraja bersejarah yang telah banyak melalui pengubahsuaian semenjak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bertemakan " Keriangan 12 jam tanpa henti ". Keseluruhan hari ini ditujukan hanya untuk meraikan warisan Klang akan dipenuhi dengan pelbagai acara setiap masa dan adalah terbuka kepada umum. Terdapat pelbagai aktiviti – aktiviti untuk dilakukan yang memenuhi kehendak semua, tidak kira yang tua mahupun yang muda.

Acara ini akan dimulakan dengan "Heritage Walk Photo Hunt", di mana para peserta akan dilengkapi dengan peta, petunjuk dan borang kaji selidik. Mereka dikehendaki menjawab soalan yang diberikan dengan mengambil gambar sebagai jawapan. Pemenang berpeluang memenangi ganjaran hebat sama ada berbentuk wang tunai mahupun barangan seperti kamera dan aksesori yang ditaja oleh Nikon, Olympus, Sony dan Fuji.

Selain dari itu, pelbagai lagi acara yang menarik yang turut disediakan seperti  "Kiddy Photography Workshop" untuk kanak-kanak berumur 9 sehingga 12 tahun. Pertandingan "All Rounder Photography Championship" terbuka kepada semua dengan pelbagai kategori serta tema untuk dipilih. Selain daripada pelbagai jenis pertandingan, sebuah pameran mengenai Bandar Klang yang berusia setengah abad juga akan diadakan, merakamkan kekayaan sejarah sepanjang zaman.

"Kami amat gembira kerana berpeluang menjadi sebahagian daripada hari yang sangat penting ini memandangkan ia meraikan bandar kami serta warisannya yang kaya. Penduduk Klang yang terdiri daripada berbilang kaum tetapi melalui acara yang dianjurkan, mereka dapat bersatu menyambut acara ini. Ia juga turut menggalakan para remaja untuk meluangkan masa mereka dalam cara yang lebih berfaedah dan menghargai bandar ini," bicara YAD Dato' Seri Diraja Dato' Haji Abdul Ghani bin Pateh Akhir daripada Majlis Perbandaran Klang.

Mereka yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai acara dan pertandingan Karnival  Foto Warisan Selangor bolehlah melayari laman web www.tourismselangor.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads