Ahad, 3 Julai 2011

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Jurnal Rizai Reeani: Azim dan Masjid <b>di Dengkil</b>

Posted: 23 Jun 2011 08:45 PM PDT


HARI ini saya ketemu dengan kawan sekelas sejak dari diploma dulu iaitu Azim.  Bekerja di CUCMS, tidak jauh dari tempat kerja saya. rasanya, sudah hampir setengah tahun juga saya tidak bertemunya. Itupun, kami berjumpa kerana saya menumpang keretanya untuk menunaikan solat Jumaat.

Bertentang mata dengannya, tiada apa sangat yang berubah. Azim masih seperti dulu, seorang yang peramah dan matang orangnya. Mungkin kerana perbezaan umur antara kami, dia sudah saya anggap seperti abang.

Kali ini, saya tidak lagi ke surau bomba itu sebaliknya ke masjid di sebuah perkampungan yang terletak di Dengkil. Subhanallah, dalam kawasan kampung sebegini, wujudnya masjid yang sangat cantik seni binanya. Siap dipasang penghawa dingin lagi. Memang saya amat kagum dengan seni bina masjid tersebut. Dan apabila melihat rak yang menempatkan Al-Quran dan buku-buku, saya percaya, penduduk kampung ini selalu mengimarahkan masjid tersebut. Apatah lagi melihat jadual aktiviti yang dicatit pada papan putih. Padat. Bukan sahaja aktiviti biasa seperti ceramah dan gotong-royong, malah ada juga senaman pagi, pertandingan hafazan dan kelas-kelas agama.

Insha-Allah, jika diberi kesempatan, minggu depan saya akan bertandang ke sana lagi. Tidak puas menatap keindahan masjid di kampung kecil itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads