12 di klang - Google Blog Search |
! sALaM ukHuWah !: Tempat menarik <b>di Klang</b> Posted: 03 Jul 2011 06:10 PM PDT بسم الله الرحمن الرحيم Assalamualaikum Saya nak bercerita pula kali ni tentang tempat kelahiran saya..disini lah saya lahir dan disini juga lah saya membesar sampai sekarang. Tempat ni dah jadi "sebati" dengan saya. Lebih kurang macam tu la.hehe. Sebelum saya nak memperkenalkan Klang, saya rasa lebih elok saya perkenalkan serba sedikit tentang negeri Selangor. Selangor terdiri daripada 8 daerah dan memiliki 3 bandar raya, beberapa buah bandar, kampung serta pulau. Selangor juga mempunyai bilangan penduduk yang paling banyak di Malaysia disebabkan maju dan kemudahan infrastuktur yang banyak. Klang pula merupakan bandar diraja. Klang bertemakan " Klang Indah dan Permai ". Klang pada masa dahulu pernah menjadi ibu negeri Selangor sebelum Kuala Lumpur dan Shah Alam. Kini, di Selangor..Klang merupakan bandar kedua terpenting selepas ibu negeri Selangor iaitu Shah Alam. Di Klang juga, terdapat bangunan diraja dan tempat-tempat yang penting kerana Klang dulu pernah menjadi ibu negeri Selangor..jom saya tunjukkan tempat-tempat menarik yang ada di Klang.. Ini ialah tugu keris..kalau kawan-kawan lalu highway dan nak menuju ke bandar Klang, kawan-kawan akan nampak tugu ni di tepi highway. Ni pula Pasar Jawa..kat sini ada food court, ada kedai-kedai yang menjual makanan contohnya kerepek, baju dan lain-lain. Kalau nak dekat raya, mesti beli kerepek or kuih raya kat sini. Kalau tak raya pun, tetap ada dijual di sini. Istana Alam Shah..bangunan ni adalah milik Sultan Selangor. Dulu merupakan tempat tinggal Sultan tetapi kini mungkin akan dijadikan muzium. Ni pula Gedung Raja Abdullah..last saya pergi waktu sekolah rendah, itu pun rombongan. Dari sekolah, tak sampai 5 minit dah sampai :) Galeri diraja Klang..ini di bandar Klang, berhampiran dengan stesen keretapi dan bersebelahan dengan pejabat pos. Dekat juga dengan Sekolah Kebangsaan Klang iaitu sekolah rendah saya. Tak lupa juga kalau datang ke bandar Klang, jangan lupa singgah di Little India Jalan Tengku Kelana. Kat sini agak sibuk sebab memang ramai orang India, tak kira waktu..memang ramai yang bershopping kat sini. Kalau nak beli kaii sari, boleh datang sini. hehe. Saya panggil ni Masjid India, masjid ni milik India Muslim dan terletak di Jalan Tengku Kelana di Little India. Masjid ni juga baru diubahsuai dan dirasmikan oleh Sultan Selangor dan saya juga terlibat dalam perasmian ni sebab saya mendapat anugerah kecemerlangan daripada Sultan Selangor pada tahun 2009. Ini pula masjid yang baru dibina..setakat ni saya tak pernah masuk lagi masjid ni. Tapi masjid India tadi saya pernah masuk. Di pusat bandar Klang, terdapat 2 masjid utama iaitu masjid ni dan masjid India tadi. Dari jauh dah nampak masjid-masjid ni. Ni Masjid Sultan Sulaimen..masjid ni berdekatan dengan Kolej Islam Klang (KIK) atau Kolej Islam Sultan Abdul Aziz Shah (KISAS). Biasanya pelajar KIK akan solat Jumaat di sini mereka berjalan kaki je..kadang-kadang nak pergi ke bandar Klang pun mereka berjalan kaki. Kalau dari rumah saya, 5 minit je boleh sampai ke masjid ni. Kalau ke bandar Klang..mungkin dalam 10 minit. Kalau tak jem la kan..dah lama saya tak masuk masjid ni. Lalu je.. Jusco Bukit Tinggi..dah lama tak shopping sini, kali terakhir mungkin beberapa bulan yang lepas. Jusco Bukit Tinggi ni merupakan pasar raya yang terbesar di Malaysia dan di Asia Tenggara, ketiga terbesar di Asia.Seronok shopping sini tapi penat berjalan sebab besar sangat. Nanti kalau datang Klang, jangan lupa singgah sini.hehe. Sekarang kita pergi ke Pelabuhan Klang pula..kalau dari bandar Klang dan rumah saya di Kampung Jawa, agak jauh sikit. Mungkin dalam 30 minit or ke atas untuk sampai sini. Ni Tanjung Harapan, kat sini terkenal dengan restoran makanan laut. Memang ramai sangat orang datang..biasa la, kalau kat pelabuhan..mst terkenal dengan makanan laut kan. Kalau nak makan ikan segar boleh datang sini..hehe. Pilh sendiri nak ikan yang mana lepas tu mereka akan masak. Bagi sesiapa yang tak pernah lagi ke Klang, jom la datang sini..saje je jalan-jalan.hehe. Untuk maklumat lanjut, boleh baca di sini >TEKAN والسلام Kalau suka, like la ;) Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di klang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan