Selasa, 12 Julai 2011

12 di kuala kubu - Google Blog Search

12 di kuala kubu - Google Blog Search


LANDAS: PROGRAM <b>DI</b> PUTRAJAYA, KUALA LUMPUR DAN <b>KUALA KUBU</b> BHARU

Posted: 22 Jun 2008 12:00 AM PDT

Ketua Penolong Pengarah HEP Darul Quran Us Mat Lazim Hassan
sedang menyampaikan cenderahati kepada ahli panel Us Kamaruddin
Kassim (UNGGAS MALAYSIA)

DARUL QURAN : Kelas Kaunseling, Unit Perkhidmatan Psikologi, Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jalan Hamzah, Ampang Pecah, 44000 kuala kubu bharu, Selangor Darul Ehsan, telah mengadakan Forum The Power Of Youth bertajuk "JUVANA : HOW TO MAKE IT ZERO".

Ahli panel yang terlibat ialah; Dr Ahmad Bashir Ahmad (UUM), Dato' Haji Muhammad Zakaria (Telaga Biru) dan Ustaz Kamaruddin Kassim (UNGGAS MALAYSIA). Tujuan program ini dilaksanakan berdasarkan kehendak ayat ini yang bermaksud:

"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik, sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalan-Nya dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat petunjuk" (an-Nahl : 125).

Merujuk kepada ayat di atas, dapatlah difahami dengan jelas bahawa tanggungjawab dakwah merupakan salah satu daripada tanggungjawab asas seseorang Muslim. Hal ini kerana, ayat ini merupakan salah satu daripada dalil-dalil yang menunjukkan tentang kewajipan dakwah kepada orang Islam.

Justeru, atas dasar rasa tanggungjawab sebagai seorang Muslim, pihak AJK perlaksanaan forum terpanggil untuk menganjurkan program seperti ini yang mana, diharapkan dapat memberi input-input yang berguna berkenaan isu semasa yang melanda masyarakat di negara ini yang semakin membarah, bernanah di samping meningkatkan kesedaran dalam kalangan warga Darul Quran khususnya dan masyarakat setempat umumnya .

Oleh itu, melalui tugasan yang diwajibkan ke atas AJK perlaksana selaku pelajar Kelas Kaunseling semester tiga, telah mengambil kesempatan ini untuk sama-sama dalam usaha merawat masalah masyarakat yang sedang sakit ini. InsyaAllah, moga-moga dengan usaha yang sedikit ini, akan dikira oleh Allah s.w.t sebagai amalan kebajikan.

Juga bertujuan memenuhi taqwim aktiviti kelas kokurikulum (kaunseling) bagi semester tiga. Melatih ahli tentang cara dan kaedah pengurusan majlis melalui perlantikan koordinator. Memberi kesedaran kepada peserta kepentingan akhlak Islamiah, punca kerosakan akhlak mahasiswa dan bagaimana melakukan perubahan sebagai mahasiswa Islam yang cemerlang seterusnya menjadi role-model kepada masyarakat.

Memberi pendedahan isu semasa serta meningkatkan kesedaran para hufffaz dan masyarakat setempat terhada permasalahan yang semakin meruncing dalam masyarakat kini. Merungkai permasalahan terhadap masalah yang berlaku dalam kalangan huffaz sendiri. Memobilasi peranan huffaz yang sebenar bagi mendepani dan merungkai permasalahan masyarakat ke arah menjadi seperti sahabat r.a.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads