12 di shah alam - Google Blog Search |
MB benar guna stadium <b>Shah Alam</b> tetapi bersyarat | Free Malaysia Today Posted: 04 Jul 2011 08:10 PM PDT Jika NGO Bersih minta untuk menggunakan Stadium Shah Alam saya akan setuju, kata MB. UPDATED SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedia membenarkan Bersih menggunakan stadium di negeri itu bagi perhimpunan pada 9 Julai, tetapi bersyarat. "Jika NGO Bersih minta untuk menggunakan Stadium Shah Alam saya akan setuju. "Tetapi mereka perlu ada tatatertib dan disiplin sepanjang perhimpunan itu. "Segala kerosakan ke atas stadium terbabit juga mereka perlu bertanggungjawab dan membayarnya," katanya dalam sidang media selepas merasmikan seminar Perumahan Mampu Milik Selangor 2011 di SACC di sini hari ini. Khalid berkata segala keputusan itu masih tertakluk kepada Bersih, malah beliau terbuka dalam menerima apa sahaja permintaan. Semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyatakan kesediaan kerajaan membenarkan perhimpunan Bersih diadakan di stadium. Najib turut bersedia menyediakan satu stadium untuk berhimpun bagi mengelakkan Bersih mengadakan protes di jalanan. Saranan Najib itu turut disokong bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin. Semalam Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan titah khas berhubung perhimpunan Bersih, 9 Julai ini. Tuanku menyeru rakyat menyuburkan demokrasi dan perlu memastikan tuntutan demokrasi itu tidak membawa kepada kemusnahan negara. Titah Agong Bagaimanapun, menurut Abdul Khalid, sama ada ia dilakukan di stadium mahupun jalanan isu penting adalah perhimpunan ini untuk menggesa pilihan raya bersih dan adil. "Usaha NGO Bersih ini adalah untuk memastikan pilihan raya yang adil dan bersih. Segala usaha ini sebagai peringatan kepada rakyat di negara ini agar tuntutan itu dilaksanakan di setiap peringkat. "Perhimpunan ini bukan untuk saya,tetapi untuk anak cucu saya pada masa akan datang….anak muda kini juga mahu tuntutan seperti itu dilaksanakan," katanya. Abdul Khalid berkata beliau menghormati titah Agong semalam, dan menyerahkan kepada NGO Bersih untuk tindakan selanjutnya. "Isu tuntutan Bersih ini perlu kita tekankan dan saya hormati titah dan permintaan Agong, maka saya serahkan kepada NGO Bersih untuk fikir tindakan selanjutnya dengan teratur," katanya lagi. Bersih bersama pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat esok untuk memutuskan sama ada perhimpunan diteruskan atau sebaliknya. Bersih mahu mengadakan perhimpunan besar-besaran Sabtu ini bagi menuntut pilihan raya bersih dan adil. Bagaimanapun, kerajaan membuat keputusan perhimpunan tersebut haram dan sehingga ini telah menangkap hampir 200 orang sebagai langkah pencegahan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from di shah alam - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan