Jumaat, 19 Ogos 2011

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Derma : Rayuan Derma Pembinaan Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b> <b>...</b>

Posted: 17 Aug 2011 04:30 PM PDT

Rayuan Derma Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja

Populasi penduduk Islam di Bandar Bukit Raja (BBR) Klang sehingga penghujung 2010 dianggarkan sekitar 40% daripada 10 ribu buah rumah yang telah didiami. Perkembangan penduduk Islam menunjukkan peningkatan positif sejajar dengan kepesatan pembangunan di BBR dan kawasan sekitarnya.

Justeru, wujud tanggungjawab fardhu kifayah untuk mendirikan sebuah Masjid di BBR bagi keperluan kariah dan para pengunjung yang menjalankan urusniaga dikawasan BBR dan sekitar. Melihat kepada keperluan sebuah Masjid yang khusus dan selesa kepada kariah BBR maka jawatankuasa pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja telah dibentuk pada November 2009 terdiri daripada wakil setiap kawasan perumahan yang telah dibuka pada masa itu.

Keperluan yang mendesak terhadap kewujudan sebuah masjid yang sesuai bagi membangun dan menghidupkan roh keagaamaan bersifat kerohanian yang boleh menjadi tunjang dan pedoman hidup komuniti Islam di kawasan ini. Diharapkan terbinanya Masjid Bandar Bukit Raja akan menjadi nadi kepada perkembangan syiar Islam dan seruan kepada amal makruf dan nahi mungkar di Bandar Bukit Raja.

Flyers untuk sumbangan derma boleh didapati di sini:
1. Mukasurat Depan
2. Mukasurat Belakang

Untuk maklumat lanjut, bolehlah berkunjung ke laman web: http://blogmasjid.bandarbukitraja.org

Rayuan Derma Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja

Rayuan Derma Pembinaan Masjid Bandar Bukit Raja

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads