Isnin, 8 Ogos 2011

12 di dengkil - Google Blog Search

12 di dengkil - Google Blog Search


Teknologi Menerajui Kemodenan: Apa ada <b>di Dengkil</b>?

Posted: 26 Apr 2011 11:21 PM PDT

Biasanya hari Selasa aku selalu pergi ke Pasar Malam Putrajaya kat Presint 2 tapi sejak aku pergi Pasar Malam di Dengkil, rasanya lebih murah lagi dari Pasar Malam Putrajaya. Kalo harga ikan selonggok di Pasar Malam Putrajaya RM10, kat Dengkil boleh dapat RM5 je.

Disebabkan aku tinggal di Presint 5R4, so nak pergi ke Presint 9 rasa cam jauh je padahal dekat je tapi aku nak rasa hidup seperti di kampung dulu, banyak kedai-kedai murah so Dengkil lah destinasi kedua aku. Sebelum ni aku beli Susu Lactogen 1-3 Tahun RM44.90 kalo tak silap aku la..aku cuba beli Susu Lactogen di Pasaraya Mun Heng, harganya RM39.99. Jauh beza harga tu.

Ada banyak Pasaraya kat Dengkil. Yang aku pernah nampak Pasaraya Megah. Belum masuk lagi, tapi ingat nak cuba survey. Dekat area Pasaraya Megah ada satu kedai ikan. Kalo korang nak bela ikan, kat situ banyak pilihan sebab kat umah aku dah bela macam-macam ikan. Aku bela ikan kecik-kecik je. Dengan kos RM100, aku dapat beli akuarium RM45, pump water RM22, batu-bata RM4= 2KG, pokok-pokok hiasan dan 10 ikan campuran.Nak rasa makan Tom Yam Seafood, bolehlah pergi di restoran Malee. Sodap beb! Murah pun murah...

Kebetulan aku gi singgah kat kedai selepas traffic light dan stesen minyak Petronas, jalan terus dan korang akan jumpa satu deretan kedai basikal, kedai jual pakaian dan lain-lain. Aku cuba cari songkok, try masuk Pasaraya Ekonomi Shuki..tak sangka pulak kat situ ada jual songkok. RM10 je saiz 20 tanpa kotak. Bolehlah buat raya tahun ni, kekekekekeh.

Bagi yang tinggal di Presint 5, kalo malas nak gi makan KFC kat Alamanda, boleh try makan KFC kat Dengkil. KFC Dengkil ada 2 tingkat. Orang pun tak ramai dan takdelah berserabut dengan orang sangat macam KFC Alamanda.



Pasar Malam Dengkil? Ada hari Sabtu dan Selasa. Hari Sabtu pasar malam Dengkil tak best sangat sebab yang jual pun ciput je. Kalo hari Selasa, yang ni memang besorlah jugak pasarnyer. Tempat dia selepas Petronas pastu terus then ada padang kat situ sebelah kanan. Dekat dengan pasar Dengkil dan sekolah. Banyak pilihan kat situ.Banyak lagi yang aku belum survey kat Dengkil ni.

Boleh survey sendirilah sebab kebanyakan kedai sebelah jalan je. Memang sonanglah. Masuk je kawasan Dengkil. Kalo dari presint 5 tu follow je jalan menuju ke Dengkil dan terus dan korang akan nampak macam-macam kedai kat situ. Nak rasa pisang goreng dan ubi goreng besor? Masuk ikut Taman Cabaran yang pertama dekat dengan Kubur Cina tu, nanti korang ada gerai jual pisang goreng. Bolehlah cuba yerr! Jangan tanya aku kalo korang dari Kajang, Puchong atau KL, aku cuma tahu dari presint 5 je, hehehehe. Wokeh!

Credit Gambar: http://dengkil.com

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads