Ahad, 14 Ogos 2011

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Tabung Budi berbakti pada 8 lagi keluarga <b>di Kuala</b> <b>...</b>

Posted: 07 Aug 2011 04:05 PM PDT

You are here: Home / Wilayah / Tabung Budi berbakti pada 8 lagi keluarga di Kuala Langat

KUALA LANGAT 7 Ogos – Sebanyak lapan lagi keluarga di daerah ini mendapat sumbangan bekalan air percuma daripada Tabung Budi yang diuruskan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).

Pemberian sumbangan itu menjadikan jumlah keseluruhan penerima seramai 124 orang terdiri dari kalangan orang miskin, ibu tunggal, orang kurang upaya (OKU) dan anak yatim yang bekalan air ke rumah mereka telah dipotong kerana terlalu banyak tunggakan bayaran.

Seorang penerima, Bugasia Buasing, 27, melahirkan rasa syukur kerana ada pihak yang datang membantu keluarganya terutamanya di bulan Ramadan ini.

Ibu kepada tiga orang anak itu berkata, sepanjang tidak mendapat bekalan air, dia terpaksa meminta bantuan jiran tetangga bagi mendapatkan bekalan air bersih.

"Keluarga kami tidak mempunyai pendapatan tetap kerana suami hanya bekerja mengutip hasil laut dan hutan dengan pendapatan bulanan lebih kurang RM500.

"Terima kasih kepada penyumbang kerana dengan adanya bekalan air ini dapatlah melancarkan kehidupan seharian kami sekeluarga terutamanya di bulan puasa," ceritanya yang menetap di Kampung Orang Asli Sungai Judah, Pulau Carey di sini.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Bahagian Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syabas, Abdul Halem Mat Som memberitahu, buat pertama kali pada program tersebut, para penerima bantuan Tabung Budi diberikan garis panduan cara menggunakan air secara berhemat dan mengelakkan pembaziran.

Katanya, tip-tip penjimatan air itu akan ditampal di tempat strategik di ruang premis kediaman penerima.

"Usaha itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat yang perlu dilaksanakan bagi melahirkan pengguna air yang berhemat," jelasnya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads