12 di petaling jaya - Google Blog Search |
DAP Sindiket Arak MURAH <b>di Petaling Jaya</b>? TAKEBEER!!! ~ Ohpolitik!™ Posted: 24 Jul 2011 07:10 PM PDT Sebatang lorong gelap yang disangka tidak dilalui orang ramai, rupa-rupanya adalah 'syurga' bagi kaki botol membeli arak murah berkonsepkan pandu lalu. Setiap malam, pihak terbabit bebas menjual minuman keras kepada orang awam termasuk Melayu dan remaja bawah umur dengan harga semurah RM10 untuk tiga tin arak, berbanding harga biasa RM7 setin. Rahsia harga murah tersebut disebabkan arak dalam tin itu belum dibayar cukai dan sepatutnya adalah untuk dieksport. Pihak berkuasa pula seolah-olah 'merestui' urusniaga itu dengan tidak melakukan sebarang serbuan atau penangkapan walaupun terdapat anggota polis yang berkawal kira-kira 25 meter saja dari lorong itu. Siasatan unit khas Utusan Malaysia selama tiga hari berturut-turut baru-baru ini mendapati, kedai yang terletak di Sunway Mentari, Petaling Jaya itu mengubah operasinya pada malam hari ke bahagian belakang kedai bagi membolehkannya menjual arak berlabel BFE (Brewed For Export). Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
Hujan air mata <b>di Petaling Jaya</b> | Bicara Gadis Hanim Posted: 26 Jul 2011 05:41 PM PDT Walaupun engineer, dalam hati ada taman bunga. Tapi bunga semua dah layu. Dah tua. -_- Disebabkan dalam hati ada taman bunga yang layu, saya telah menyuburkan bunga-bunga tersebut dengan air mata sendiri.Tak paham sila abaikan, sebab saya pun tak paham. lalala..... Semalam bertimpa-timpa cerita sedih. Waaaaa.... Rasa nak menangis sahaja kat Petaling Jaya ni, tapi saya tahan tangisan tu sampailah KL sentral. (tipu!) Selepas makan tengahari tetiba saya terperasan kasut saya berlubang. Nampak jari kaki. Eh, salah. Nampak setokin la. Nasib baik setokin sama warna dengan kasut, hitam. Jika tidak malu eden. *tutup muka* Semangat semalam datang awal sebab nak balik tepat waktu. Tetiba, ada pasar pulak kat depan opis ni. Apa kaitan pasar dengan saya? Yela pasar tu dah blocking kereta saya. Mana boleh keluar. Waaaa......... Tetiba rasa seperti guruh dentum berdentum menimpa. Andai kutahu ada pasar malam hari Selasa, pasti takkan ku park di situ. Pasar Malam ni harus masuk dalam kalender. -.- Telefon dia ni banyak kali tapi tak angkat. Sekali dapat sms dia kat Melbourne. Masa ni dah rasa macam hujan lebat menimpa diri. Oh tidak! Nasib saya ada keluarga tersayang yang bantu selesaikan masalah dan seorang kawan yang sanggup dengar luahan masalah saya. Tak mau mention nama dia kat sini sebab dia orang pemes. Nanti kena serbu dengan 'melodi' pulak gosip hangat. Hee. Bicara Hati gadis :Patutlah semalam masa kat opis hati asyik berdebar-debar. Ingatkan ada orang nak masuk meminang rupanya ada perkara buruk berlaku. T_T |
You are subscribed to email updates from di petaling jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan