Selasa, 30 Ogos 2011

12 di sabak bernam - Google Blog Search

12 di sabak bernam - Google Blog Search


Maharum Bugis Syah (MBS): Balik Kampung dan Bas Ke <b>Sabak</b> <b>...</b>

Posted: 28 Aug 2011 10:32 PM PDT

Syah Dalam Komuter Pagi Tadi dan Mintakan Seorang Penumpang Indonesian Ambilkan Syah Gambar Nie.
29.08.2011, Isnin - Hari nie Syah balik kampung naik public transport kerana plan nak balik dengan anak saudara Syah, Mamat tak kesampaian. Actually every year Syah balik dengan Mamat menggunakan kereta Syah tetapi tahun nie dia dah beli kereta sendiri jadi taklah bawa AEL Syah tue balik kampung. Pagi nie Syah keluar rumah jam 06:25hrs dan tunggu bas 06:30hrs. Dari Bandar Rawang, Syah ingat nak ke Pudu Sentral tetapi tak jadi sebab baru teringat Syah boleh naik bas ke Kuala Selangor dari Sungai Buluh. Syah sampai Sungai Buluh jam 07:20hrs dan on the way ke stesyen bas hari hujan renyai-renyai dan bas baru jer lepas.

So terpaksa tunggu next bas dan bas sampai jam 08:40hrs dengan tambang RM5.00. Dulu bas nie last stationnya Puduraya atau sekarang nama barunya Pudu Sentral tetapi bila Syah tanya tadi katanya bukan di Pudu Sentral lagi tetapi didepan Kota Raya. Syah sampai Kuala Selangor jam 10:00hrs dan terus ke toilet dan on the way tu jumpa driver bas Kelang dan Syah tanya mana toilet dan bas ke Sabak Bernam. Katanya bas ke Sabak Bernam tak ada cuma ke Tanjung Karang dan katanya cepat sedikit coz bas dah nak jalan.

Mak aiiii............ semua toiletnya penuh dengan najis, apalah mereka nie dan terpaksalah kencing juga sebab dah tak tahan sambil menahan nafas. Bilik air nie di tingkat 1 dan keluar bilik air jer Syah tengok driver tadi tu tahankan bas ke Tanjung Karang dan Syah dengar dia kata ada orang nak naik dan dia ke toilet sekejap dan bas tu tunggu Syah. Sebelum naik Syah ucap terima kasih pada uncle Indian tu. Tambang Kuala Selangor - Tanjung Karang cuma RM2.00. Shukur Alhamdulilah perjalanan hari nie Syah dapat duduk seorang-seorang kerana penumpang tak berapa ramai. Mungkin awal pagi atau orang dah balik awal-awal lagi ke kampung.

Sampai jer Tanjung Karang dan Syah tengok orang lain turun sebelum bas stand dan Syah tunggu hingga bas masuk ke bas stand, heran juga mengapa mereka turun. Sampai jer bas stand Syah tengok bas stand tu macam padang jarak padang terkukur tak ada mahluk seorang pun. Syah tanya driver bas, Bang bas ke Sabak Bernam kat mana yer. Abang tu jawab, Bas ke Sabak Bernam dah lama diberhentikan perkhidmatannya, dua bula lebih dah. Terkejut beruk Syah dengar dan tanya macam mana nak ke Sabak Bernam. Dia suruh Syah tunggu kat Masjid dan tahan jer bas yang lalu kat situ. Ya Allah rasa macam nak terduduk Syah dibuatnya.

Dari bas stand syah jalan kaki ke masjid kira-kira 600 meter dan tunggu macam orang bodoh kat situ dan terfikir macam mana Syah nak naik bas nie. Dalam hati berdoa kepada Allah supaya bantu Syah. Masa Syah tunggu bas tu semua orang lalu lalang tengok semacam kat Syah agaknya mereka pelik tengok Syah kat bas stop tu kot dengan beg sandang macam orang nak mengembara dan siap ada tongkat plak lagi tu walhal perkhidmatan bas dah diberhentikan. Heheheh... Dalam hati kata kalau jam 12:00hrs bas tak ada Syah naik teksi jer dan tak taulah berapa cajnya dengan jarak 48km itew.

Tiba-tiba pada jam 11:20hrs Syah nampak bas dan Syah tahan jer tanpa melihat bas tu hendak kemana. Bila bas berhenti Syah tebalkan muka dan tanya boleh pergi Sabak Bernam dan pemandu tu kata boleh. Syah duduk di seat depan sekali dan duduk seorang-seorang lagi kerana orang tak ramai. Heran plak hari nie orang tak ramai macam tahun-tahun lepas. Syah nak bayar pemandu tu kata duduk dulu dan Syah ingatkan free ker tetapi kemudian di kata bayarannya RM7.00 dan tiada tiket, rupa-rupanya bas tu Bas Sabak Bernam Express yang merupakan bas express KL-Sabak Bernam-Teluk Intan. jam 12:10hrs Syah sampai Sabak Bernam.

Sampai jer Syah terus beli kain untuk batu nisan marhum keluarga Syah dan tanya pekerja kedai tu mengenai bas dan dia kata memang menyusahkan sekarang. katanya dia hendak ke Sungai Besar pun susah kerana tambang teksi jer RM15.00 dan pergi balik RM30.00. By the way pusat pentadbiran Sabak Bernam adalah di Sungai Besar dan pejabat-pejabat kerajaan semuanya disana. Kata kakak tu mereka berhentikan perkhidmatan bas kerana tak mendapat sambutan dan tak menguntungkan. Rasanya kerajaan negeri Selangor harus campurtangan dalam perkara ini kerana ini menyusahkan rakyat. Bagi yang banyak duit bolehlah naik teksi tetapi bagi golongan yang kurang mampu memang menyusahkan tetapi terpaksa lah bayar jika mahu berurussan dengan pejabat-pejabat kerajaan.

Sekarang nie musim perayaan lagilah menyusahkan dan menghadkan pergerakan orang ramai untuk bertandang kerumah sanak saudara. Tak semua orang di Sabak Bernam nie "orang berada" semuanya. Harap-harap kerajaan negeri dapat uruskan perkara ini secepat mungkin demi kebajikan rakyat. On the way balik ke Rumah Marhum Nenda, Syah jumpa my sister Intan dan suaminya Am, sedang tukar tayar kereta. Syah kirim salam pada Ayahanda dan Bonda Encik serta cakap kat Intan esok Syah tidur rumah Ayahanda.

Ok sekejap lagi Syah akan ke Makam keluarga untuk bersihkan makam dan minta razak hantarkan Syah. Ok sehingga berjumpa lagi dilain entry.....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads