12 di sungai panjang - Google Blog Search |
! Belog Encik Dosh: Gadis 'dicekik' setelah mandi-manda <b>disungai</b> Posted: 11 Aug 2011 08:14 AM PDT Ni ada sebuah cerita seram nak bagitau. sila peluk bantal kuat2 dan pasang lagu raya kuat2 kalau takut. boleh? hahah.. kali ni aku nak crita pasal cerita kejadian aneh ketika mengambil gambar.
ni pasal gambar seorang gadis disibu sarawak sewaktu sedang bermandi manda di sungai. cuba perhatikan gmbar di bawah ni. ada sesuatu sedang 'mencekik' leher gadis tu..nampak tak tangan berkuku panjang dalam air tu?
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.ni apa yang dipetik dalam Borneo Post Online, SIBU: Penduduk di kawasan rumah panjang di Sungai Nibong, berdekatan Jambatan Sungai Nibong dekat sini gempar apabila mendapati seorang gadis remaja pengsan setelah mandi-manda di sungai terbabit, petang kelmarin.
Menurut sumber, mangsa yang berumur lingkungan belasan tahun dari rumah panjang berdekatan dikatakan merakam gambar sewaktu mandi manda sehingga muncul satu imej yang me-nyerupai tangan satu lembaga seolah-olah hendak mencekik leher mangsa.
"Setelah mengambil gambar, mangsa terus naik ke tebing dan pengsan sehingga menyebabkan rakan-rakannya yang lain terkejut dan cuba membantunya.
"Melihat mangsa gagal memberi sebarang tindak balas, salah seorang rakannya kemudian berlari ke rumah panjang berdekatan untuk meminta pertolongan," ujarnya yang enggan dikenali kepada Utusan Borneo, semalam.
Penduduk rumah panjang yang dimaklumkan jelasnya, kemudian bergegas ke tempat kejadian dan cuba memberikan pertolongan kepadanya termasuk menggunakan jampi tertentu.
Menurutnya, sedang beberapa orang penduduk rumah panjang sibuk memberi pertolongan kepadanya, salah seorang rakannya sempat mengimbas gambar yang diambil dengan menggunakan telefon bimbit dan alangkah terkejutnya dia apabila melihat objek yang menyerupai tangan 'hantu' cuba mencekik mangsa kelihatan dalam gambar itu.
"Salah satu tangan 'benda' itu terletak berdekatan dengan dagu remaja itu sementara tangan satu lagi sudah berada di tengkuk kirinya dan dilihat seolah-oleh bersedia untuk mencekik mangsa yang sedang berada di dalam sungai tersebut untuk memberikan posenya kepada rakan yang sedang mengambil gambarnya," ujar sumber itu.
Jelas sumber itu, mangsa kemudian dibawa ke rumah panjangnya dan difahamkan sudah sedar dan keadaannya tidak membimbangkan. Bagaimanapun katanya, satu upaca-ra 'ngampun' mengikut adat lama ma-syarakat Iban akan dijalankan hari ini (semalam) di sungai tersebut bagi me-minta maaf kepada makhluk halus itu.
Bagi mengikuti perkembangan upacara terbabit semalam, Utusan Borneo tidak dibenarkan membuat liputan sama ada mengambil sebarang gambar di kawasan terbabit atas sebab-sebab tertentu bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku. Gambar ini yang dikirimkan melalui MMS kepada telefon bimbit pemberita Utusan Borneo menimbulkan keanehan apabila tangan makhluk terbabit sungguh ketara dilihat jika ia diperhatikan betul-betul.
Percaya atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri tetapi gambar ini menimbulkan misteri dan ia benar-benar berlaku di kawasan tersebut.
Sungai Nibong yang terletak kira-kira 30 meter dari pusat bandar ini dan terletak di Jalan Nibong-Tada. Kejadian itu berlaku tidak jauh dari jambatan Sungai Nibong yang terletak di jalan terbabit.
Utusan Borneo turut diberitahu bahawa jalan raya di situ, sama ada sebelum dan selepas Jambatan Sungai Nibong itu merupakan satu tempat yang 'sangat keras'. Menurut penduduk di situ, jalan terbabit sudah banyak mengorbankan nyawa manusia yang terlibat dalam kecelakaan jalan raya.
Kata mereka, setiap kemalangan yang berlaku di situ pasti akan meragut nyawa dan jarang yang selamat apabila ditimpa kemalangan di jalan terbabit.
Ada antara mereka menyatakan bahawa banyak pengguna jalan raya yang melalui jambatan terbabit kerap diganggu oleh makhluk halus terutama pada waktu malam. Hah macam2 kan? Nasib baik ni bulan puasa so takde hantu. Eh betol ke statement aku tuh? hahaa.. takdelaa...sebenarnya makhluk2 halus ni terdiri daripada jin yang berupa sedemikian.yang dikurung itu adalah syaitan. syaitan juga adalah makhluk jin tetapi tak semua jin itu syaitan. tiada istilah hantu sebenarnya dalam Al-Quran tapi Jin memang benar2 disebut. Jadi sekiranya berlaku kita mohon pada Allah agar dijauhi dari gangguan2 'makhluk' ni. amalkan Surah Al-Mulk dan ambil Wudhuk sebelum tidur insyaallah akan dijauhi.
|
Wisata Buaya Raksasa <b>Di Sungai</b> Adelaide, <b>Panjang</b> 5,4 meter dan <b>...</b> Posted: 13 Jul 2011 02:08 AM PDT Wisata Buaya Raksasa Di Sungai Adelaide, Panjang 5,4 meter dan Bobot 2 ton - Di perairan sungai Adelaide, terdapat seekor buaya raksasa. Bukannya tidak ditakuti, namun ketakutan warga kepada buaya besar tersebut justru menjadi daya tarik tersendiri bagi para warga yang ketakutan tapi juga penasaran untuk dapat melihat secara dekat bagaimana bentuk buaya tersebut. Para wisatawan rela mengeluarkan kocek untuk menyewa perahu dan dan dapat merasakan sensasi menegangkan ketika buaya raksasa tersebut datang menghampiri perahu sewaan. Salah satu wisatawan yang tertarik dan telah merasakan sensasi berada di dekat buaya raksasa tersebut adalah Bridgeford Katrina. Katrina yang adalah seorang fotografer itu pun tak luput membidik buaya raksasa sepanjang 5,4 meter dan berbobot 2 ton tersebut yang seketika muncul dari dalam air karena tertarik dengan pancingan sang pemandu wisata yang menggantungkan daging kangguru dengan menggunakan tiang. Karena posturnya yang sangat besar, buaya tersebut dinamakan Brutus. "Dia memiliki adrenalin yang tinggi," ujar Katrina. "Dia datang begitu dekat dan hampir kita yang ada di perahu dapat menyentuhnya." Sebagaimana dilansir Dailymail, Rabu (13/7/2011), keberadaan Brutus telah menjadi buah bibir di sekitar wilayah Darwin, Australia. Brutus yang kehilangan kaki depannya tersebut diyakini akibat berkelahi dengan hiu di muara sungai. Kisah tersebut jua lah yang membuat masyarakat semakin penasaran untuk melihat langsung buaya rakasa tersebut. "Ketika buaya itu mengeluarkan dirinya dari dalam air, semua berteriak seru," ujar Katrina. Wisata kapal pesiar untuk menyaksikan lompatan buaya tersebut merupakan daya tarik wisata utama di wilayah selatan Australia yang menarik banyak perhatian masyarakat di kawasan utara Australia. Ribuan 'monster' hidup di perairan sekitar wilayah Darwin, Australia Selatan. sehingga pemerintah daerah memperingatkan orang-orang yang ada di kawasan wisata tersebut untuk tidak berenang atau mencuci kendaraan mereka di dalam air. Mereka juga diberitahu untuk tidak berkemah di dekat sungai karena buaya menjelajah hingga beberapa mil pedalaman. Jika anda suka berita Wisata Buaya Raksasa Di Sungai Adelaide, Panjang 5,4 meter dan Bobot 2 ton, silahkan klik tombol suka ! Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from di sungai panjang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan