Khamis, 15 September 2011

12 di beranang - Google Blog Search

12 di beranang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Jalan Kajang-<b>Beranang</b> dilebar

Posted: 13 Sep 2011 04:05 PM PDT

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Jalan Kajang-Beranang serta beberapa jalan di laluan itu akan dilebarkan di dalam masa terdekat bagi mengatasi masalah kesesakan yang semakin teruk di sepanjang laluan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abd. Aziz (gambar) berkata, projek pelebaran jalan tersebut dijangka dapat dimulakan dalam waktu terdekat ini setelah Jabatan Kerja Raya (JKR) menghantar kertas kerja mengenai projek itu ke Jabatan Perdana Menteri.

"Sekarang ini kita hanya menunggu kelulusan daripada Kementerian Kerja Raya untuk meneruskan projek ini yang disifatkan sebagai antara yang perlu disegerakan," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Johan berkata, jalan Kajang – Beranang kini mengalami masalah kesesakan yang teruk sejak beberapa tahun lalu berikutan kepesatan pesat kawasan itu terutama pertumbuhan mendadak kawasan-kawasan perumahan baru serta kawasan komersial.

"Kesesakan sangat ketara terutama pada waktu puncak pada waktu pagi dan petang ketika penduduk pergi dan pulang dari tempat kerja serta pelajar menuju ke sekolah," katanya.

Sebelum ini, kerajaan telah menyiapkan fasa pertama projek pelebaran jalan itu bermula dari persimpangan Lebuh raya Kajang Seremban (Lekas) sehingga ke Taman Paling Jaya di Semenyih.

Projek itu ternyata telah membawa perubahan besar di kawasan itu yang kini tidak lagi berdepan masalah kesesakan tetapi masih tidak menyelesaikan sebahagian besar masalah kesesakan di Semenyih sehingga ke pekan Beranang.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads