Rabu, 7 September 2011

12 di kuala langat - Google Blog Search

12 di kuala langat - Google Blog Search


IKLAN JAWATAN KOSONG <b>DI</b> MAJLIS DAERAH <b>KUALA LANGAT</b> <b>...</b>

Posted: 23 Oct 2010 10:46 AM PDT

Permohonan dipelawa daripada warganegara Malaysia, keutamaan kepada anak-anak Negeri Selangor yang berkelayakan dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan-jawatan tetap seperti berikut:-

1. Pembantu Undang- Undang Gred L29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

2. Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J29
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

3. Penolong Akauntan Gred W27
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
4. Juruteknik (Elektrik) Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1
5. Juruteknik (Seni Bina) Gred J17
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 1

6. Juruteknik Perancang Bandar & Desa Gred J17
Taraf Jawatan : Kontrak
Kekosongan : 1

7. Pembantu Am Pejabat
Taraf Jawatan : Tetap
Kekosongan : 7

Cara Memohon
1. Semua permohonan hendaklah dibuat dalam Borang Permohonan Jawatan Majlis Daerah Kuala Langat yang boleh diperolehi dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Daerah Kuala Langat, Persiaran Majlis Jalan Sultan Alam Shah, 42700 Banting atau muat turun dari laman web www.mdkl.gov.my. Permohonan melalui surat hendaklah menyertakan sampul surat beralamat sendiri, berstem dan menyertakan wang pos bernilai RM1.00.
2. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan kerajaan atau Badan Berkanun atau Penguasa Tempatan hendaklah melalui Ketua Jabatan mengikut Peraturan-peraturan Pegawai Awam ( Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005.
3. Borang permohonan hendaklah disertakan gambar, salinan fotostat Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, Sijil Persekolahan/Pengajian dan Sijil - sijil penghargaan yang diakui sah. Nama jawatan hendaklah dicatat di sebelah kiri sampul surat.
4.Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
5.Tarikh permohonan pada : 15 OKTOBER 2010 SEHINGGA 29 OKTOBER 2010

Catitan Am
1. Hanya calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
2. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads