Sabtu, 17 September 2011

12 di sungai buloh - Google Blog Search

12 di sungai buloh - Google Blog Search


.. a man in a home ..: perihal banjir <b>di sungai buloh</b> dan ktmb

Posted: 16 Sep 2011 01:37 AM PDT

See. Banyak betul pengalaman hidup dengan KTMB walaupun baru 2 tahun lebih jadi pengguna setia Kereta Api Antarabandar ni. 
Aku tak tahu la semua orang maklum ke tak pasal banjir ni, tapi rasanya kalau korang ada kat KL Sentral, dapat info kot. Tren semua akan lambat dan berhenti lama di stesen. 
Khamis pukul 2.03 pagi, seperti biasa ni la train aku ke KL. Menunggu Senandung Langkawi yang delay seperti biasa. Sampai2 je train, berdesup la masuk ke koc yang berkenaan, duduk selesakan diri, sekaliiii orang KTMB mintak keluar, katanya tren ni berhenti takat Ipoh je, Untuk ke KL Sentral, kena naik bas yang disediakan. Ya Allah, aku ni dah la tak pernah naik bas ekspress seumur hidup. Terus cuak. T__T

Okay, fine, alhamdulillah selamat sampai KL Sentral lagi awal dari yang dijadualkan. Dengan sengsara pemandu bas pasang cerita rempit volume maksimum, nasib baik aku dah telan ubat batuk, memang terus boom tidur.
Aku rasa naik train lagi best. Hehe. Dalam train ada kafe, atas bas mana adaaaa.  Eh eh itu je ke. 
-------------------------------------------------------------
-------------------------------------------------------------
Haaa, masa nak balik Perak pun jadi gini jugakkk.
Train dari KL Sentral tak dapat nak lalu Sungai Buloh. End up, KTMB sediakan bas untuk ke Rawang dan dari situ tren ke Ipoh diteruskan. Rezeki aku beli ETS masa ni, koc Silver kan RM 25 aja. Kalau Platinum n Gold tu yang mahal sikit. (Platinum paling mahal). Masa kat Stesen KTMB Rawang, nampak tren ETS. Haha berlari-lari la aku cari koc. Tapi tgk2 semua seat dah penuh. 
Rupanyaaa tu train ETS pukul 7 malam. Lamaaa sangat delay hampir 2 jam lebih kot sebab masa aku sampai dah 9.20pm.  Train aku pukul 9 malam, akhirnya terpaksa la menunggu sampai 10.50pm baru ETS tu ada, bayangkan sesapa yang beli tiket lepas tu, pergh lagi lama kena tunggu kan. 
ETS setakat ni tak pernah delay lagi, so takde la rasa geram sangat. 
Cuma kesian pada yang naik Senandung2 tu. KL Sentral ke Rawang naik bas, Rawang ke Tanjung Malim naik Komuter, Tanjung Malim ke Ipoh naik bas, lepas tu idok la aku taw. 
Dan macam biasa, rasanya banyak orang menumpang masuk tanpa tiket. :p Yelahh, mana ada check tiket langsung.
p/s - KTMB, anda sudah 100 tahun. :p 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads