Jumaat, 16 September 2011

12 di ulu kelang - Google Blog Search

12 di ulu kelang - Google Blog Search


Sudah sedia bergelar suami - Utusan Malaysia Online - Hiburan

Posted: 14 Sep 2011 12:41 PM PDT

Sudah sedia bergelar suami

Sudah sedia bergelar suami

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
shazryn.faizal@utusan.com.my
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


BARISAN karyawan seni yang menerima bonus daripada Skop Productions pada majlis yang berlangsung di Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.


USIANYA yang sudah mencecah 27 tahun itu memang boleh dikatakan cukup sesuai untuk mendirikan rumah tangga dan memulakan keluarganya sendiri.

Malah, tuan punya badan sendiri mengakui dia memang sudah bersedia untuk bergelar seorang suami seandainya sudah tiba jodoh yang sesuai untuknya.

"Sewaktu mengerjakan umrah bersama keluarga pada bulan Ramadan yang lalu, saya tidak lupa untuk memohon doa kepada Allah agar dipertemukan dengan jodoh yang baik.

"Seandainya, saya sudah menemui gadis yang sesuai untuk dijadikan suri, saya tidak akan menunggu lama untuk menamatkan zaman bujang," luah Syamsul Yusof penuh jujur sewaktu ditemui pada majlis penyampaian bonus oleh Skop Productions di Hulu Kelang, Selangor, baru-baru ini.

Ketika ditanya kepada Syamsul adakah hatinya sudah dimiliki oleh seseorang yang cukup istimewa, dengan pantas dia menganggukkan kepalanya sambil mengukir senyuman manis.

Jelasnya, teman yang sedang dikenalinya itu bukanlah dari kalangan industri sebaliknya hanyalah seorang gadis biasa yang kini sedang menuntut di sebuah kolej.

"Hubungan kami masih lagi di peringkat mengenali hati budi dan seandainya Allah telah menentukan bahawa dia adalah jodoh untuk saya, Alhamdulillah, saya menerima seadanya.

"Lagipun dalam usia sebegini, saya memerlukan seseorang untuk bersama dan menemani diri saya di kala saya memerlukannya. Saya terasa juga kekosongan dalam hati saya apabila pulang ke rumah tanpa seorang isteri yang menyambut kepulangan saya.

"Keluarga saya pun tidak pernah mendesak mahupun menekan saya dalam soal jodoh. Asalkan bakal isteri saya itu kelak dapat menjaga saya dan rumah tangga dengan baik selain menghormati keluarga saya.

"Insya-Allah, apabila sampai waktu yang sesuai nanti, saya akan hebahkan juga kepada semua pihak. Benda yang baik tidak ada alasan untuk disorokkan," kata Pengarah Filem Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-23 menerusi filem Evolusi KL Drift 2 ini sambil tersenyum.

Dalam majlis itu juga, Hits difahamkan Syamsul telah menerima bonus tertinggi daripada Skop Productions berdasarkan kejayaan filem KL Gangster dan Khurafat yang telah mencatatkan jumlah kutipan sebanyak RM20 juta.

Sekadar mengusik Syamsul tentang jumlah yang diterima daripada bapanya, Datuk Yusof Haslam tetapi Syamsul lebih selesa untuk mengunci mulutnya.

"Alhamdulillah, cukuplah untuk buat belanja kahwin saya nanti," kata Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Shamsul Yusof sambil berseloroh.

Bercerita tentang perkembangan karier terkininya pula, Syamsul yang juga pengarah filem Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam ini memberitahu filem terbarunya, Aku Bukan Tomboy akan ditayangkan pada 17 November ini.

Mempertaruhkan genre komedi romantik untuk filem lakonan Scha Alyahya, Shaheizy Sam dan dirinya sendiri, kata Syamsul, dia tidak mahu meletakkan harapan yang tinggi untuk filem tersebut mencatatkan kutipan pecah panggung seperti filem-filem sebelum ini.

"Untuk filem baru ini, saya hanya mahu beralih angin mencuba genre baru dalam mempelbagaikan portfolio saya sebagai seorang pengarah filem.

"Kalau diterima dengan baik, saya bersyukur kerana setidak-tidaknya percubaan saya untuk genre komedi romantik mendapat perhatian.

"Sama seperti filem Khurafat di mana saya memberanikan diri untuk mengarahkan filem seram dan tidak pernah saya menyangka ia mendapat sambutan di luar dugaan," katanya yang baru sahaja selesai menjalani proses memasukkan suara (dubbing) untuk filem sekuel Bohsia yang dijangka tayangannya awal tahun depan.

Begitu juga dengan filem prekuel KL Gangster yang kini di peringkat pra produksi dan bakal menjalani penggambaran sebelum penghujung tahun ini.

Dalam pertemuan itu juga, Syamsul sempat ditanya tidakkah dia mahu mencuba mengarahkan filem-filem bercorak drama dan independent yang memiliki nilai estetika yang sangat tinggi.

Apatah lagi, sudah lima buah filem yang diarahkan Syamsul sebelum ini semuanya boleh dikategorikan dalam kelompok filem popular yang diterima dengan cukup baik oleh masyarakat.

Dengan penuh terbuka Syamsul memberitahu, dia mahu mengarahkan filem-filem berat tetapi tetap menggunakan formulanya sendiri.

"Kalau membikin filem berat tanpa ada suntikan komersial, susah juga ia hendak diterima oleh masyarakat.

"Dalam hal ini, saya suka sekali memberikan contoh filem The Curios Case of Benjamin Button yang berjaya menggabungkan nilai estetika dan komersial lalu menjadi sebuah filem yang menarik untuk ditonton.

"Bukan itu sahaja, saya juga teringin mengarahkan filem bercorak Islamik dan epik. Saya ada perancangan untuk membikin semula filem Bukit Kepong. Tetapi, biarlah masa yang akan menentukan bilakah ia akan direalisasikan," ujar anak sulung daripada tiga beradik itu lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads