12 di ampang - Google Blog Search |
Mayat wanita terbakar <b>di Ampang</b> disahkan pelajar kolej swasta <b>...</b> Posted: 11 Sep 2011 12:53 AM PDT Posted on September 11, 2011, Sunday KUALA LUMPUR: Polis kelmarin mengesahkan mayat wanita dengan kesan 80 peratus badannya terbakar yang ditemui empat hari lepas di Ampang adalah seorang pelajar kolej swasta berusia 19 tahun. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin berkata, pengesahan ini dibuat selepas pengecaman oleh bapa mangsa di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia di sini. "Dua hari lepas bapa mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Setapak mengatakan mangsa adalah anaknya yang hilang sejak hari Ahad lepas. "Laporan dibuat selepas membaca laporan media berhubung kes ini dan maklumat mengenai rantai tangan dan subang, kedua-duanya emas, serta cebisan baju kurung yang dipakai mangsa," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini. Amiruddin berkata, bapa mangsa mendakwa anaknya seorang pelajar kolej swasta telah keluar dari rumah pada Ahad lepas dengan alasan untuk bertemu rakan. Bagaimanapun mangsa ditemui mati dengan kesan terbakar pada badannya sehari selepas itu pada hari Isnin. "Mangsa merupakan seorang pelajar kolej swasta di Selayang dan polis sedang menyoal siasat semua rakan mangsa untuk mendapatkan maklumat lanjut," katanya. Amiruddin berkata, polis juga sedang menunggu keputusan Jabatan Kimia untuk mengetahui punca dan tarikh sebenar kematian. — Bernama |
You are subscribed to email updates from di ampang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan