Ahad, 2 Oktober 2011

12 di petaling jaya - Google Blog Search

12 di petaling jaya - Google Blog Search


Selangor menang besar <b>di Petaling Jaya</b> | TEKASKOR.COM

Posted: 28 Sep 2011 09:14 AM PDT

Posted: 29th September 2011 by MOPG | tekaskor.com in Statistik Perlawanan

Oleh : AHMAD SYAHIRUDDIN

Selangor meneruskan sisa hidup perjuangan apabila membelasah pasukan dari Liga Premier dan juga pasukan tercorot kumpulan D,PDRM 1-4 dalam perlawanan peringkat kelima peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia 24/09/2011.Perlawanan yang berlansung di Stadium Kelana Jaya itu berlansung tanpa sentuhan jurulatih The Red Giants,K.Devan yang telah meletak jawatan nyata diharungi cemerlang oleh bekas anak buahnya.

Bermula babak pertama,Selangor terus menyerang kubu pasukan lawan untuk mencari gol awal bagi menghidupkan peluang Selangor ke suku akhir.Kemasukan Safiq Rahim dalam kesebelasan utama juga nyata menghidupkan jentera tengah pasukan Selangor ambil dibantu oleh Amri Yahyah selaku kapten pasukan.namun gol awal masih gagal dicari kerana pertahanan PDRM begitu ampuh bertahan. Gol pertama hanyalah berjaya dihasilkan pada minit ke-30 apabila tandukan yang dilakukan di hadapan gol yang kelam kabut,dan bola singgah tepat ke kaki Amri yahyah untuk melakukan rembatan pada jarak dekat bagi menewaskan penjaga goll PDRM.

Tampak bersemangat dengan gol tersebut,Selangor nyata terus garang mengasak dan hasilnya,sebelum masuk ke bilik persalinan,Selangor berjaya menggandakan jaringan gol menerusi Safiq Rahim yang mudah memperdayakan penjaga gol yang dilihat telah keluar bagi menyelamattkan gawangnya. Tidak cukup dengan bekalan gol tersebut,Selangor sebaliknye terus menyerang kubu PDRM namun Selangor yang hadir selaku pelawat dikejutkan oleh tuan rumah apabila rembatan cantik Mohd Fauzi Abdul Majid dari luar kotak penalti pada minit ke-62 menerjah masuk ke penjuru gol untuk membuatkan penjaga gol Selangor tertewas buat kali pertama.Selangor terus mengganas dan kali ini,pemain sayap Selangor,Amirulhadi Zainal seolah-olah memberi amaran beliau wajar diberi perhatian selepas merembat deras bola ke dalam gawang pada minit ke-71.

Selangor yang masih dilanda masaah ekoran perletakan jawatan K.Devan nyata tidak memeikirkan masalah yang melanda mereka apabila melengkapkan malam gemilang The Red Giants pada babk akhir perlawanan selepas penyerang sensasi mereka,Rudie ramli berjaya meloloskan diri dari barisan pertahanan Pdrm untuk melenkapkan empat jaringan Selangor pada malam itu.Selepas perlawanan ini,Selangor masih lagi layak ke Suku akhir seandainye berjaya menewaskan Kuala Lumpur.

Tarikh Perlawanan: 09/24/2011
Venue Perlawanan: Stadium Petaling Jaya
Pengadil Utama Perlawanan:
Home Team: PDRM FA
Jurulatih Pasukan: p.maniam
Away Team: SELANGOR FA
Keputusan: 1-4

Wartawan | MOPG |

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads