Ahad, 26 Februari 2012

12 di hulu selangor - Google Blog Search

12 di hulu selangor - Google Blog Search


Sahabat-Gunung: BN <b>Hulu Selangor</b>- Terus Membela Rakyat

Posted: 25 Feb 2012 02:52 AM PST


Peristiwa ini berlaku 16 Feb lalu, namun akibat kesihatan yang tidak mengizinkan dan kemalangan yang menimpa baru-baru nie, menyebabkan aku tak update blog aku dengan peristiwa penting yang berlaku di Hulu Selangor baru-baru ini…..
Ianya melibatkan penderitaan empat daripada tujuh beradik yang terpaksa berhenti sekolah ekoran kemiskinan keluarga.
Setelah mendapat perhatian masyarakat khususnya dengan bantuan Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan serta ADUN Batang Kali, YB Datuk Mohd Isa Abu Kassim, empat kanak-kanak itu, Abdul Aziz Mohd. Ridzuan, 12; Siti Hajar, 10, Abdullah, 8, dan Siti Hawa, 7, akan memulakan sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya, di sini serta diberi bantuan Rancangan Makanan Tambahan mulai 17 Februari lali.
Dalam masa yang sama, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) pula menawarkan Abdul Aziz dan adiknya, Siti Hajar untuk mengikuti pengajian di asrama penuh yang ditanggung sepenuhnya oleh yayasan tersebut.
Ketua Operasi Lembaga Zakat Selangor, Daerah Hulu Selangor, Azhar Yahya Arif berkata, keluarga Mohd. Ridzuan Mohd. Suhaimi, 42, diletakkan di bawah kategori ketiga iaitu beliau layak untuk mendapat bantuan zakat sebanyak RM500 setiap bulan.
Beliau memberitahu, Lembaga Zakat Selangor juga bersetuju untuk membayar sewa rumah yang didiami Mohd. Ridzuan sebanyak RM200 dan menyediakan keperluan asas rumah termasuk beras bernilai RM200 selama enam bulan.
Kisah duka hidup empat kanak-kanak yang tidak bersekolah itu disiarkan dalam Utusan Malaysia baru-baru ini.
Episod penderitaan keluarga Mohd. Ridzuan bermula tiga tahun lalu apabila dia berhentikan kerja oleh sebuah syarikat swasta atas alasan kesihatan yang dikaitkan dengan masalah kemurungan.
Dalam hal ini, aku nak mengucapkan tahniah dan terima kasih buat Ahli Parlimen Hulu Selangor, YB P. Kamalanathan serta ADUN Batang Kali, YB Datuk Mohd Isa Abu Kassim yang sentiasa mendahulukan dan membela rakyat, tidak kira masa, keadaan dan sebagainya….
Inilah YB yang diperlukan rakyat, tidak kira siang, malam, subuh senja tetap akan turun padang untuk melihat dan menyelesaikan masalah rakyat …. Jika kerja keras ini diteruskan bukan sahaja di kawasan Batang Kali, Hulu Bernam dan Kuala Kubu Bharu …. Ketiga-tiga DUN ini serta Parlimen Hulu Selangor akan terus bersama BN, seterusnya membantu BN Selangor untuk merampas kembali Selangor dari pakatan rakus yang hanya pandai berjanji ….pelaksanaan hancur berkecai …
Teruslah bersama BN yang membela rakyat, bukannya PR yang secara diam-diam menyokong keselamatan Israel ….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads