Khamis, 9 Februari 2012

12 di padang jawa - Google Blog Search

12 di padang jawa - Google Blog Search


<b>Padang Jawa</b>, Shah Alam, Klang | Nizam &#39;Mysticmind&#39; Ahamad

Posted: 25 Jan 2012 04:44 PM PST

Padang Jawa, Shah Alam, Klang

Pagi! Seperti semalam, aku teruskan rutin harian semenjak dua menjak ini. Padang Jawa yang bersifat ala-ala Kampung Baru di KL adalah umpama 'Kampung Baru' versi Shah Alam. Dulu, Padang Jawa ini letaknya didalam daerah Klang tapi kini diserap masuk ke dalam Shah Alam seperti beberapa kawasan yang berhampiran. Dikenali kerana kos sara hidup lebih murah berbanding Shah Alam.

Untuk perbandingan mudah, sewa rumah di Shah Alam adalah sekitar RM 600 – RM1200 bergantung saiz dan lokasi. Tetapi di Padang Jawa masih boleh ditemui rumah sewa pada kadar RM300 – 600. Makan tengaharinya (meal) murah 10% dari Shah Alam. Bagi mereka yang suka menunjuk 'lifestyle' atau gaya hidup, berbanding kesederhanaan, ini bukan tempat anda! Tapi perlu di ketahui, yang di sini bukan setinggan tetapi tanah2 lot adalah bergeran dipunyai oleh wak wak jawa yang rata-ratanya kaya raya dengan duit sewaan rumah. Bahkan, ada wak jutawan! (arwah) memiliki hampir 300 buah rumah sewa (yang kini dah diagih2kan pada anak2nya kalau x silap).

Seperti juga semalam, hari ini di sini sudah mula kembali sibuk. Apa yang aku sedari ada 2 kali 'gelombang' marhain berpusu-pusu keluar. Di awal pagi sekitar jam 6 – 7, banyak kereta dan orang keluar. Kemudian gelombang kedua ialah jam 7.30 keatas. Aku andaikan… yang keluar awal itu adalah mereka2 yang berkerja agak jauh, samada di KL atau sekitarnya bagi mengelakkan kesesakkan trafik (susah dowh dalam BM, kalau dalam English : jammed – walaupun ramai eja : jem :D ). Manakala yang lewat itu cuma berkerja di sekitar Shah Alam.

Aku dulu masa keje karangkraf (2 km kot jaraknya), masuk keje jam 8.30 pagi, jadi 8.15 baru merempit haha.. kalau naik kete jadi 30 minit plak. Patut la aku selalu lewat masuk T_T . Sebenarnya adalah perkara lazim mana2 office… orang yang duduk jauh memang selalu datang awal, tapi orang yang duduk dekat mesti selalu lambat 2 minit, 3 minit. Betul hoh! Tapi tak la bermakna sangat orang yang selalu datang awal tuh bagus sangat buat kerja! kan kan kan… Orang berdisiplin kadang2 disiplin je lebih, hasil kerja bergantung pada banyak aspek lain plak kan kan kan.

Ok!. Selesai sarapan tadi di tempat semalam jugak. (selalu aku macam nih la.. stick 1 tempat, sampai rasa bosan – pastuh gi tempat lain plak makan). Jika Nasi Lemak berpasang dengan Kopi O. Maka Roti Canai plak dengan Teh Tarik. (pandai2 je jodohkan diorang nih).

Rata2 peniaga di sini (Padang Jawa) adalah Melayu, kependudukan pun lebih 90% Melayu. Jadi kedai makan di sini juga adalah Melayu, tapi aku tak sure berapa banyak melayu Selangor dan Jawa. Yang pasti banyak Orang Kelantan takpun Siam tokeynya. Bahkan ada sedikit pe-nopoli-an dari peniaga bangsa Acheh di sini bagi kedai2 runcit contohnya… dimonopoli mereka sejak berpuluh tahun dulu. (Salah kan siapa? salahkan pemerintah dahulu atau kerana kita sendiri yang suka kerja makan gaji?)

Manakala kedai makan sebelah malam, memang banyak orang kelantan ditenagai pekerja2 selatan thai. Yang peniaga local ada lah sedikit2. Kedai mamak cuma ada 1 jer rasanya, tapi duduk di tempat tidak strategik mana. Di jalan utama ini, Jalan Mat Raji, ada banyak kedai2 umpama pusat komersil lah bleh aku katakan.

Apa-apapun, Roti Canai Melayu tetap 10 kali lebih sedap dari roti canai kedai mamak. Ah.. abaikan.. mereka itu melayu Acheh, Jawa ataupun melayu negeri mana pun heh! Yang penting lagi 1, di Padang Jawa ini roti canainya CONFIRM lebih murah dari roti canai di kedai mamak Shah Alam.

*Roti Canai + Teh Tarik = RM2 . Enak dan Murah.

*/ di Kedai Nasi ayam Faizal yang agak popular. Adiknya buat roti pagi, abangnya buat nasi ayam tengahari sampai malam. Btw… kalau tak silap, diorang bangsa Melayu Acheh, cuma dari kecik hidupnya disini.

Sedar tak sedar, aku dah duk sini hampir 8 tahun. Kire macam dah jadi orang sini la…

Related posts:

  1. Ok! dah sampai Shah Alam!
  2. Happy Deepavali Valthukkal
  3. Hari seterusnya…

Tags: , , , ,

JOM MAKAN2-JALAN2: Tauhu Bakar <b>Padang Jawa</b> @ Shah Alam

Posted: 26 Jan 2012 08:09 AM PST


Kedai makanan SR Kopitiam Prosperous di Shah Alam ini 
mempunyai beberapa gerai yang menawarkan pelbagai jenis makanan.
Antara gerai yang boleh dicuba ialah Tahu Bakar Padang Jawa.
Anda juga boleh mencuba Yong Taufu yang 
diboleh diperolehi dari gerai yang sama.
Di samping Tahu Bakar & Yong Taufu Anda juga boleh mencuba 
Nasi Ayam Kukus, Ayam Penyet & Aneka Sup 
Restoran ini terletak di Jalan Badminton 13/29, Shah Alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads