Rabu, 8 Februari 2012

12 di paya jaras - Google Blog Search

12 di paya jaras - Google Blog Search


Jalan-Jalan Berziarah

Posted: 28 Jan 2012 04:05 AM PST

Pagi tadi Mr Tehr dan keluarga selamat tiba di rumah setelah tiga hari jalan-jalan berziarah ke beberapa tempat di pinggir ibu kota. Kami tiba di rumah adik ipar Mr Tehr di Paya Jaras pada pagi Khamis, rehat sekejap dan petangnya ke Selayang, menziarahi kakak Mr Tehr yang kurang sihat. Terserempak pula dengan abang Mr Tehr yang tinggal tidak jauh dari rumah kakak.

pergi ke bengkel menukar tayar
servis kenderaan kenalah bayar
lama di kampung mahulah keluar
jalan berziarah dan bersiar-siar

Malamnya kami bergerak ke Keramat, ke rumah seorang lagi kakak Mr Teh dan kami makan malam di sana. Selepas makan, kami gerak lagi, kali ini hala ke Cheras. Mr Tehr ada 3 orang kakak di Cheras tapi kami sempat singgah berziarah seorang sahaja. Pulang dari Cheras kami pungut langsat [sesat] sekitar Universiti Malaya, Bangsar dan Petaling Jaya. :D [Tak guna punya GPS]

cahayanya indah sang matahari
tujuannya rumah masih jauh lagi
di genting sempah sarapan pagi
makan nasi lemak minum air kopi

Malam itu kami bermalam di Paya Jaras. Selepas solat Jumaat dan makan tengahari, kami berziarah pula ke rumah abang Mr Tehr di Sungai Buaya. Lewat petang kami bergerak pulang melalui Serendah dan Batang Kali. Sempat la tengok kereta kabel naik Genting. Kali pertama Mr Tehr menggunakan laluan ini. Walau pun berliku tetapi jalan adalah baik.

darilah timur hendak ke selatan
satu keluarga sebuah kenderaan
tak cukup tidur terlebih makan
moga selamat dalam perjalanan

Tiba di Kuala Krai, mata dah mengantuk pula. Kerana tidak mahu memandu dalam keadaan mengantuk, Mr Tehr cari tempat sesuai, matikan kenderaan di tepi jalan dan layan mata. Anak-anak dan isteri memang dah lama layan mimpi. Hampir subuh Mr tehr terjaga. :D Selepas solat Subuh, kami sambung perjalanan lagi. Tu pasal la sampai di rumah bila matahari dah keluar senyum. Alhamdulillah.

Post Berkaitan:

  1. Jalan-Jalan Di Pasar Satok
  2. Gambar Sepanjang Jalan Sibu Kuching
  3. Makan Di Dalam Bas
  4. Batu Kawa, Kuching
  5. Jalan Pulang

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads