12 di subang jaya - Google Blog Search |
- MPSJ Digesa Segera Baiki Infrustruktur <b>Di Subang Jaya</b> <b>...</b>
- BE DA MAN !!!: Masalah Sampah <b>di Subang Jaya</b> Sabotaj kata YB <b>...</b>
- REALLY GAMBAR CERAMAH ANWAR <b>DI SUBANG JAYA</b> | Really <b>...</b>
MPSJ Digesa Segera Baiki Infrustruktur <b>Di Subang Jaya</b> <b>...</b> Posted: 28 Dec 2011 06:52 PM PST Oleh Afeeqa Afeera SUBANG JAYA, 29 DISEMBER : Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) digesa supaya segera mengambil tindakan terhadap penambahbaikan infrastruktur di sekitar kawasan USJ yang disifatkan penduduk sebagai kurang memuaskan sejak kebelakangan ini. Gesaan itu disuarakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh kepada pemberita ketika membuat lawatan dan tinjauan di sekitar Subang Jaya berhubung masalah infrastruktur yang terpaksa dihadapi penduduk. Menurut Hannah, beliau menerima banyak aduan daripada penduduk baharu-baharu ini berhubung masalah jalan berlubang terutama di USJ 1, USJ 12, USJ 15, SS14, Persiaran Tujuan, Persiaran Kewajipan serta beberapa kawasan lain. Katanya, masalah tersebut telah dirujuk kepada pihak MPSJ dan kerja-kerja penampalan telah mula dijalankan, namun menurutnya masih terdapat banyak jalan berlubang yang tidak diselenggara lagi. "Saya berharap MPSJ segera mengambil tindakan berhubung perkara ini kerana lubang tersebut boleh menyebabkan berlakuknya kemalangan jalan raya. Saya amat berharap MPSJ tidak mengabaikan perkara ini dan boleh memberi perhatian untuk tindakan selanjutnya," tegasnya. Selain itu, beliau turut menggesa pihak MPSJ untuk memasang lampu jalan di antara kawasan USJ 11 sehingga USJ 13 dan sepanjang laluan utama di Persiaran Tujuan bagi tujuan keselamatan. Di samping itu, Hannah juga menyuarakan rungutan penduduk terhadap kegagalan kontraktor yang dilantik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk melakukan kerja-kerja pengutipan sampah terutama di kawasan USJ 6. Tegasnya, beliau mencadangkan kepada pihak MPSJ untuk segera mengambil tindakan terhadap kontraktor swasta yang gagal menyelenggara kutipan sampah dengan baik dengan menyenarai hitamkan mereka daripada mendapat tender. "Saya dimaklumkan oleh penduduk di kawasan USJ 6 di mana hampir seminggu sampah tidak dikutip sehingga berulat. Bagaimanapun, MPSJ sudah mula mengambil tindakan dan saya menggesa penduduk supaya bekerjasama dengan memberi laporan sekiranya berlaku sebarang masalah. Kontraktor juga perlu mengutip sampah mengikut jadual yang ditetapkan.Saya menggesa MPSJ supaya menyenarai hitamkan kontraktor yang gagal menyelenggara sampah dengan baik," tegasnya. Sehubungan itu, beliau berharap penduduk boleh memberi kerjasama dengan membuat aduan secara terus kepada MPSJ supaya mereka boleh mengambil tindakan segera. Dalam sidang media sama, Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi memaklumkan, beberapa cadangan telah dibuat bagi menyelesaikan masalah trafik di sekitar Jalan SS 16/1 dan SS 16/2 yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Kesesakan Lalulintas pada 24 November lalu. Katanya, antara cadangan yang dikemukakan adalah melibatkan Jalan Jengka antara Wisma Tractor dan Subang Parade dengan mengubah laluan sehala kepada dua hala dengan mengekalkan tiga fasa lampu isyarat iaitu membuat laluan "free flow" bagi membolehkan kenderaan membelok ke kiri sahaja. "MPSJ juga akan mengubah jalan SS 16/1 dari jalan dua hala kepada jalan sehala daripada Carrefour sehingga sepanjang jalan. Selain itu, ia turut melibatkan jalan antara SS 16/2 di antara Subang Parade dan Carrefour di mana kita akan kekalkan jalan itu sebagai dua hala tetapi akan kita akan memasang satu "island" bagi mengelakkan kenderaan membuat pusingan-U," katanya. Tambahnya, pihak MPSJ juga turut mensyaratkan kepada pemaju Sime Darby Brunsfield Holding Sdn Bhd untuk membuat jalan raya di sekitar Jalan Sambung Antara Casa Tiara dengan Mesiniaga terlebih dahulu sebelum Jalan SS 16/1 boleh ditukar menjadi jalan sehala. "Keseluruhan jalan sehala ini akan dibuka mulai 15 Januari 2012 dan kita akan memaklumkan kepada pemilik bangunan dan syarikat kenderaan seperti bas dan teksi untuk melaksanakan perkara berkenaan pada tarikh yang ditetapkan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
BE DA MAN !!!: Masalah Sampah <b>di Subang Jaya</b> Sabotaj kata YB <b>...</b> Posted: 11 Jan 2012 09:21 AM PST Masalah kutipan sampah di Subang Jaya bermula apabila Alam Flora ditamatkan perkhidmatannya dan kerja-kerja kutipan samapah kini diuruskan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) . Kerja-kerja kutipan sampah yang dilakukan oleh MPSJ sebenarnya tak efektif dan menyebabkan masalah longgokan sampah ini berlaku. Merujuk kepada ucapan YB Hannah Yeoh semasa ceramah di Kompleks 3K pada 6 Jan 2012 , masalah longgokan sampah berlaku akibat sabotaj dari 'pihak-pihak' tertentu . Sebagai salah seorang penduduk di Subang Jaya , saya tahu soal sabotaj tidak timbul langsung . Semuanya berpunca dari ketidak cekapan pengurusan sampah oleh MPSJ sendiri. Masalah kutipan sampah ini turut dibincangkan dalam forum internet www.usj.com.my Dari perbincangan dalam laman forum itu, kutipan sampah hanya pada hari-hari tertentu saja . Penduduk terpaksa 'menyimpan' sampah yang mereka kumpul hingga pada hari kutipan sampah. Ada diantara penduduk terpaksa meletakkan saja sampah di luar rumah walaupun luar dari jadual kutipan sampah. Sampah-sampah yang terbiar tak dikutip ini sememangnya menyakitkan pandangan mata. Sepatutnya pihak MPSJ memikirkan cara untuk mengatasi masalah ini , mungkin dengan menyediakan satu tong yang khas untuk penduduk membuang sampah di luar hari kutipan sampah. Agak pelik semasa pemerintahan kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional hal kutipan sampah ini tidak timbul . Melucukan apabila hal sampah ini timbul di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat , mereka dengan mudah menunding jari menyatakan ada sabotaj dari pihak-pihak tertentu yang membuang sampah sesuka hati . Seperti yang dinyatakan dalam perbincangan forum di atas , 'sabotaj' itu sebenarnya dilakukan oleh penduduk sendiri . Mereka terpaksa kumpulkan sampah di hadapan rumah untuk dikutip oleh kontraktor yang diupah oleh MPSJ. Jika 3 hari tiada lori sampah , bayangkan jumlah sampah terkumpul di hadapan rumah ? Adakah penduduk-penduduk ini ada alternatif lain ? Full content generated by Get Full RSS. |
REALLY GAMBAR CERAMAH ANWAR <b>DI SUBANG JAYA</b> | Really <b>...</b> Posted: 06 Jan 2012 06:05 PM PST Padang Bola 3k Penuh Dengan Hadirin. Sebahagian dari ucapan Anwar: "Jika saya dihukum penjara, kita akan dapat lebih banyak sokongan. Anwar masuk atau tidak ke dalam penjara tiada masalah, pilihan raya akan datang kita mesti menang walau apa jua cara. "Anda boleh tahan lelaki itu dalam penjara tetapi misi akan semakin kuat seperti biasa malah lebih kukuh," katanya. Anwar menuduh "musuh politiknya" memperbesarkan tuduhan terhadap dirinya dengan pelbagai tohmahan seperti pro-Kristian, pluralisme, ejen Yahudi dan homoseksual. "Jangan ancam saya dengan hukuman penjara. Mereka pernah memukul saya, mereka pernah membogelkan saya. "Tetapi jika mereka fikir dengan mengurung saya akan menyebabkan Pakatan Rakyat di hujung tanduk maka mereka salah, kami telah bersedia sejak tiga tahun lalu," dakwanya menambah pemimpin Pakatan Rakyat bersedia menghadapi "sebarang kemungkinan" yang berlaku. Bila Jumlah Hadirin Pun Dijadikan Bahan. Jumlah bukan lah segala galanya, akan tetapi Really3line tertarik dengan satu Blog Pro UMNO ni, kerana mempertikai jumlah hadirin yang hadir, kalau betul takpe, tapi auta je lebih. Dalam entry post dia ada mengatakan "ceramah Anwar telah gagal kerana menurutnya orang ramai telah diangkut dengan bas sekolah". Blogger tu pun letak lah dua keping gambar… satu gambar ketika majlis ni belum bermula dan lagi satu blogger tersebut letakan sebijik bus persiaran. Ni gambar dari posting Blogger tersebut. Gambar ketika Padang Masih Belum Penuh Gambar sebuah Bas Persiaran, yang ditulis sebagai gambar bas sekolah yang diletakkan jauh dari padang. INI ADALAH SEBAHAGIAN GAMBAR HADIRIN YANG HADIR PADA CERAMAH ANWAR DI SUBANG JAYA. pssst.. Bukan guna Photoshop ye… Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from di subang jaya - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan