Sabtu, 24 Mac 2012

12 di bukit raja - Google Blog Search

12 di bukit raja - Google Blog Search


Masjid Bandar <b>Bukit Raja</b>: OBJEKTIF FORUM PERDANA EHWAL <b>...</b>

Posted: 26 Jan 2012 08:09 PM PST

BANDAR BUKIT RAJA 21.01.2012 (SABTU)- Satu majlis ilmu Forum Perdana Ehwal Islam yang julungkalinya diadakan di kawasan terbuka di Presint Zapin di sini telah berjaya menarik lebih 200 orang hadirin yang kebanyakkan penduduk sekitar BBR dan Kampung Batu Belah meskipun ramai penduduk tempatan yang pulang ke kampung sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.
Pujian diberikan kepada ketiga-tiga ustaz yang mengendalikan majlis itu dengan jayanya iaitu;
1. Ustaz Wan Sohor Bani Leman (Ahli Panel 1)
2. Ustaz Roslan Mohamad (Ahli Panel 2)
3. Ustaz Imran Khayat (Moderator)
Ketiga-tiga ustaz ini telah hadir ke lokasi forum seawal jam 8.00 malam lagi tatkala kebanyakan penduduk di sini masih lagi bersiap-siap di rumah.
Tepat jam 8.20 malam, majlis dimulakan dan dibuka dengan ucapan pengerusi majlis (Ustaz Fahim Jamil) sebelum diserahkan kepada moderator. Ternyata kehadiran Ustaz Wan Sohor dan Ustaz Roslan memberi impak yang tersendiri yang mana memang mempunyai peminat yang ramai di sini. Ini terbukti dengan jumlah kehadiran di luar jangkaan dan kutipan pada malam tersebut diperolehi sebanyak RM 5739.20 wang tunai dan seutas rantai emas yang belum diketahui nilainya.
Terima kasih juga buat semua para sukarelawan baik dari aspek persiapan dan penyediaan jamuan. Jasa dan sumbangan anda semua amat dihargai dan semoga Allah SWT merahmati kita semua.
Tahniah dan terima kasih juga kepada semua penyumbang kutipan. Hanya Allah SWT yang berhak membalas keikhlasan sumbangan anda.
Majlis telah ditutup pada jam 11.30 malam dengan penduduk mengambil kesempatan bergambar dengan ahli panel yang disayangi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads