12 di kapar - Google Blog Search |
PKR Cabang <b>Kapar</b> Sambut Kehadiran Perdana Menteri – Suatu <b>...</b> Posted: 03 Mar 2012 12:06 AM PST Itulah situasi semasa yang cuba diterjemahkan oleh sebahagian pengikut PKR yang memasang bendera sebagai menyambut kehadiran Perdana Menteri di Kapar, bersempena dengan pesta ponggal, baru-baru ini. Perbandingan ini dibuat berdasarkan sambutan yang serupa yang diberikan kepada Anwar Ibrahim sewaktu sampai ke Kapar kira-kira sebulan lalu. Ia tidak mencerminkan sambutan hangat oleh penyokong PKR sendiri. Mengikut maklumat, besar kemungkinan golongan yang menyambut kehadiran PM ini adalah terdiri dari kalangan penyokong Ketua Cabang PKR Kapar, Azizi Ayob yang jelas tidak berpuas hati setelah berlaku peristiwa koyaknya kain rentang mereka sewaktu ingin menyambut kehadiran Anwar di sana. Difahamkan, kumpulan ketua cabang ini dipinggirkan atas alasan majlis bersama Anwar ini adalah atas kapasiti Parlimen, iaitu kumpulan Manicksavagam. Kain rentang menyambut ketibaan Anwar pada waktu itu, yang memaparkan wajah Azizi telah dikoyakkan oleh pihak-pihak yang cuba untuk menenggelamkan populariti Azizi. Malah, ia menerbitkan rasa tidak puas hati di kalangan penyokong Azizi. Terdapat sekumpulan anak muda yang sedang bercerita, dan salah seorang dari mereka menyebut "aku kumpulan Azizi la, bukan Mike! Jangan nak cabar Ketua kami". Dikhabarkan juga, Azizi telah dimalukan apabila tiada kerusi disediakan untuk sama-sama duduk bersama Anwar di atas pentas yang disediakan. Ia memang disengajakan, bagaimana seorang Ketua Cabang boleh tiada tempat duduk dalam majlis penting itu? Terdapat juga cerita-cerita politik yang mengatakan wujudnya satu lagi kumpulan dalam PKR Kapar, iaitu kumpulan yang dipimpin oleh Penyelaras PKR Sementa, Hj Bakir. Kumpulan ini juga dikhabarkan tidak sebulu dengan kumpulan yang diketuai oleh Ketua Cabang PKR Kapar. Nampaknya, kumpulan Azizi sedang cuba dikuburkan oleh 2 lagi kumpulan. Dan pastinya, sambutan yang diberikan kepada PM sewaktu pesta ponggal di Kapar baru-baru ini adalah satu protes dari kalangan kumpulan Azizi kepada kepimpinan PKR yang tidak mengiktiraf Azizi sebagai ketua cabang. Walhal, Azizi dilantik sewaktu pemilihan cabang berdasarkan prinsip demokrasi. Sama-sama kita nantikan klimaks percakaran demi kuasa di dalam PKR Kapar. Apakah YB Mike, Hj Bakir atau Azizi yang akan berkuasa di Kapar? |
You are subscribed to email updates from di kapar - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan