Rabu, 28 Mac 2012

12 di pandamaran - Google Blog Search

12 di pandamaran - Google Blog Search


Nik Aziz patut bertanding <b>di</b> Bukit Bintang atau <b>Pandamaran</b> | The <b>...</b>

Posted: 27 Mar 2012 11:37 PM PDT


Kalau demikianlah pandangan Nik Aziz, dia sepatutnya membuat permohonan ke mahkamah supaya tidak diletakkan kaumnya sebaai Melayu dalam IC dan sebarang dokumen rasmi peribadi.

Jika itu berlaku, ia bermakna Nik Aziz tidak boleh jadi Menteri besar di bawah Undang Tubuh Negeri Kelantan. Jelas Undang itu hanya membenarkan orang Melayu memegang jawatan tersebut.

Undang Tubuh menuntut dalam ikrar Nik Aziz untuk naik Menteri Besar supaya mempertahankan apa yang terkandung dalam Undang Undang Tubuh, Perlembagaan dan undang-undang negara.

Ia termasuk mempertahankan institusi raja-raja yang berdasarkan adat istidat dan sejarah orang Melayu di tanahairnya di Tanah Melayu. Selain itu, Nik Aziz perlu mempertahankan hak Islam sebagai agama rasmi, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera, dan lain-lain.

Kalau dia tidak bersetuju untuk memeperthankan ini semua ini bermakna Nik Aziz telah melanggar janji dan ikrarnya untuk mempertahankan semua ini.

Ini menjawab disitu ada pada bangsa.

Disamping itu, dimana statistik, angka dan data bagi menyokong kesimpulan Nik Aziz bahwa pendeakatan assobiyah ala Yahudi sudah menyerap dalam masyarakat kita hingga tiap-tiap bangsa mengejar penghormatan masing-masing.

Tiada isu langsung dan agak bodoh kenyataan Nik Aziz ini. Ada ke berlaku pembunuhan di jalanraya seperti askar Israel membunuh rakyat jelata?

Persoalan ini perlu dijawab kerana dalam Nik Aziz menentang Israel tapi dia bersekongkol dengan tali barut Israel dan Yahudi.

Tali barut Yahudi perakui tanpa syarat mengakui menyokong keselamatan Israel dan Yahudi bagi menzalimi dan menindas rakyat Palestin. Dia pun condong untuk mengadakan hubungan diplomatik dengan Israelk jika kena cara dan alasannya.

Satu, tuduhan assobiyah ala Yahudi itu ternyata salah. Ianya tidak berlaku di Malaysia dimana satu bangsa menghina dan menganggap bangsa lain tiada hak dan ruang untuk mengekalkan budaya, peluang cari rezeki dan kehidupan, peluang belajar bekerja dan lain-lain.

Adakah sekolah wahabi yang dipergi Nik Aziz mengajarnya menentang fitrah manusia yang ditetapkan tuhan untuk wujud dalam pelbagai kaum, kabilah, bangsa dan rakyat.

Kedua, tiada perlu bangsa lain mengejar penghormatan kerana setiap bangsa diberi penghiormatan untuk mengekalkan bahasa, ugama, adat resam dan budaya mereka. Adakah berlaku polisi atau amalan dimana bangsa lain dinafikan hak tersebut?

Ini ternyata pemikiran nyanyuk Nik aziz. Dahlah ... kalau tak pasal terpedaya dengan pembohongan dan kelentong Nik Aziz, orang Kelantan pun dah meluat dengan PAS. Peranagai elok, calun muka baru yang mantap ... boleh jatuh Kelantan

OLeh kerana demikian pemikiran Nik Aziz, ingin kami cadangkan juga Nik Aziz keluar dari bertanding di Kelantan yang hampair 90% pengundi Melayu dan bertanding di Puchong, atau Kepong atau Bukit Bintang.

Dia tak mahu ngaku Melayu dan tak perlu bangga sebagai Melayu kan?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads