12 di balakong - Google Blog Search |
Dia buat dah: Geng pecah rumah <b>di Kajang</b> tumpas Posted: 06 Mar 2012 07:20 AM PST Geng pecah rumah di Kajang tumpas - Semasa - Sinar Harian: KAJANG - Geng pecah rumah di sekitar daerah ini, yang aktif sejak awal tahun, tumpas apabila polis menahan tiga anggotanya selepas mereka memecah masuk rumah pembantu khas anggota Dewan Undangan Negeri Balakong Yap Lum Chin di Taman Mahkota Cheras, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab berkata suspek yang berusia lingkungan 23 dan 30 tahun, diberkas pada hari sama selepas memecah masuk rumah serta melarikan kereta pembantu khas itu pada kira-kira 7 pagi. Suspek pertama ditangkap di Dataran Cheras empat jam selepas itu dan polis menemui sebuah kereta lain yang dipercayai dicuri di Seri Kembangan awal tahun ini. Suspek kedua pula ditahan di sebuah rumah di Balakong dan polis turut merampas sebuah kereta yang dilaporkan dicuri dari sebuah rumah di Seksyen 8, Bandar Baru Bangi pada 1 Mac lepas, selain beberapa unit TV LCD, barangan elektrik dan kelengkapan memecah rumah. Suspek ketiga ditangkap di sebuah hotel di Cheras dan polis menemui kereta milik pembantu khas Yap. Semua barangan yang dirampas ketika semua suspek ditahan dianggarkan bernilai RM350,000. Pada sidang akhbar hari ini, Abdul Rashid berkata modus operandi kumpulan itu ialah mereka melakukan kegiatan pecah rumah pada waktu pagi bagi memastikan semua penghuni keluar bekerja. "Mereka akan memecah masuk rumah dengan memotong pagar dan mengumpil pintu, dan turut melarikan kereta jika ada kunci kereta yang diletakkan di kawasan rumah. "Melihat kepada barang (kelengkapan pecah rumah) yang kita rampas, polis percaya mereka ini mempunyai projek yang lebih besar," katanya sambil menambah siasatan polis mendapati kumpulan itu terlibat dalam empat kes pecah rumah sejak awal tahun ini dan polis sedang mengesan sekurang-kurangnya dua lagi anggota kumpulan tersebut. Dalam pada itu, polis memburu dua anggota 'Geng Bumper' iaitu J.Arvin Venod Thevar, 22, (alamat terakhir di Jalan Reko, Kajang) dan P.Muthaiyah, 37, (alamat terakhir di Taman West Country, Jalan Reko, Kajang) kerana menyamun serta melarikan kereta seorang lelaki pada kira-kira 1 pagi semalam. "Mereka pernah ditahan kerana kes yang sama pada 14 Feb lepas, dan telah dibicarakan, namun kini dibebaskan di bawah jaminan mahkamah," katanya. - Bernama 'via Blog this' |
You are subscribed to email updates from di balakong - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan