Ahad, 1 April 2012

12 di sungai burong - Google Blog Search

12 di sungai burong - Google Blog Search


65 Orang Pelajar Terima Beg Selangorku « PKM <b>Sungai Burong</b>

Posted: 09 Mar 2012 07:57 PM PST

10 03 2012

Sungai Tengi Kanan, 9 Mac    :    Seramai 65 orang pelajar kurang berkemampuan telah diberikan sumbangan beg sekolah daripada Kerajaan Negeri Selangor dan disampaikan oleh Pegawai Penyelaras DUN Sungai Burong, Ustaz Mohamad Judi Sarjo, semasa merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Tengi Kanan di Kampong Masjid Baroh.

Di dalam ucapannya, Ustaz Mohd Judi berkata, Kerajaan Negeri Selangor sangat komited untuk melihat perkembangan pelajar-pelajar. Kerana mereka adalah pemimpin pada masa hadapan, kepribadian pelajar banyak terbentuk melalui peranan yang dimainkan oleh guru-guru.

Namun, katanya, ibubapa juga turut memainkan peranan yang besar sebagai orang yang bertanggungjawab dalam memastikan setiap pembelajaran yang diajar di sekolah dapat dipraktikkan di rumah.

Dipihak Kerajaan Negeri Selangor pula, sejak PR mentadbir negeri ini, Kerajaan negeri telah memperuntukkan sejumlah wang untuk memberikan sumbangan beg sekolah khusus kepada pelajar yang terdiri dari keluarga yang kurang berkemampuan. Ini secara tidak langsung akan dapat mengurangkan beban yang ditanggung oleh mereka, katanya lagi yang juga Yang Dipertua PAS (YDP) Kawasan.

Hadir sama dalam program tersebut ialah Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK) Sungai Tengi Kanan Darat, Haji Mustapa Abdul Karim, Pengerusi JKKK Sungai Tengi Kanan Baroh, Haji Juhari Satiran dan Pengerusi JKKK Block COJ, Haji Sujak Arshad.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads