Selasa, 29 Mei 2012

12 di jeram - Google Blog Search

12 di jeram - Google Blog Search


Gubuk Kecil Kembara Jalanan: <b>Jeram Di</b> Kalumpang, Hulu Selangor

Posted: 06 May 2012 11:00 AM PDT

Sebelum itu, kebanyakan gambar-gambar di sini menggunakan teknik HDR yang ilhamnya datang dari blog cikgu Naman.  Cikgu itu sekarang ini sedang bercerita tentang teknik HDR (naman0807.blogspot.com/ eksperimen-editing-gambar-hdr.html). 

Untuk melihat gambar ini dengan baik, kengkawan kena beranjak sedikit jauh daripada skrin. Barulah nampak kesan HDR nya.. heheheh, selamat mencuba. (Psst: kalau tak jadi gak, anggap ajelah tonton wayang gambar 3D gitew. oppss.. lalalala)


Sabtu (05.05 2012) - maza mengambil inisiatif untuk  merehatkan badan setelah bertelungkus lumus dengan kuliah dan kerja di pejabat. Mau pitam sudah rasanya. Tengok dan badan-badan mulai rasa sengal.

Kali ini maza pergi bersama-sama dengan dua orang sahabat iaitu Hisyam dan Ashraf. Kami mengembara hingga ke jeram Kalumpang di Hulu Selangor. 
Dari pusat bandar Kuala Lumpur, kami menuju ke Hulu Selangor melalui Ulu Yam. Misi kali ini hendak merakam keindahan alam ciptaan Tuhan. 
Tengah hari yang panas itu kami bertolak menuju ke lokasi. Sampai di Kalumpang sudah jam 4.00 petang. 
Kawasan Kalumpang ini di kelilingi oleh kampung-kampung Melayu tradisi. Sepanjang pemandangan dari Ulu Yam ke Daerah Hulu Selangor begitu mengasyikan. Suasana kampung terasa sungguh. Rumah-rumah tradisi di kiri kanan jalan. 
Kami dapati lokasi tersebut amat sesuai untuk berkelah. Jika mahu bermalam tapak perkhemahan ada disediakan. Cuma kenalah bayar. Tentang harga, maza kurang periksa pula.
Sepanjang pemerhatian kami, kawasan ini dipenuhi oleh resort dan pusat latihan seperti JPA. Resort terkenal di sini ialah Resort Kalumpang. Anda boleh menyewa kemudahan-kemudahan yang disediakan di situ seperti bilik seminar dan sebagainya. 
Kalumpang juga menyediakan 'home stay'. Penginapan seperti ini bukan sahaja diperuntukan untuk pelancong asing, pelancong domestik juga digalakkan. Bukan semua rakyat Malaysia mengetahui budaya setempat, jadinya inilah tempat dan peluang untuk mengenali lebih dekat lagi budaya warisan kita. 
Sebaik kami sampai, kami terus memilih salah satu sudut di tepi sungai Kalumpang. Airnya sejuk dan dingin sekali. Sesuai benar untuk menyegarkan badan setelah mengharungi panas terik berjalan.

Rata-rata kawasan ini berbatu-batu besar. Sesetengah tempat laluan airnya agak deras. Untuk orang dewasa, 'kolam-kolam' sungai itu banyak sekali. Tak perlu berebut. 

Sepekara yang maza ingin berkongsi ialah kawasannya terjaga, sampah sarap kemas diuruskan. 
Anda boleh memilih kawasan Kalumpang berbayar dan ada kawasan yang tidak berbayar. Di sesetengah tempat atau resort mengenakan bayaran RM6.00 seorang. Apa-apa hal pun selamat datang ke Hulu Selangor!

Selangor sebenarnya menawarkan banyak tempat pelancongan, cuma harus dicungkil dan diterokai satu persatu.
Selamat berjuang kengkawan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads